Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Garisan Hijau Tiba-Tiba Muncul Di Skrin Telefon Samsung Galaxy

Garisan Hijau Tiba-Tiba Muncul Di Skrin Telefon Samsung Galaxy

Diterbitkan Julai 18, 2023 oleh ariff bukhari

Pengguna telefon pintar Samsung Galaxy melaporkan bahawa mereka berdepan dengan isu garisan hijau yang muncul secara tiba-tiba pada skrin telefon pintar mereka.

Sebenarnya isu ini bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini ia pernah dilaporkan berlaku pada siri Samsung Galaxy S20 dengan pihak Samsung menawarkan pembaikan percuma kepada pengguna yang terjejas.

Tetapi kini, isu ini bukan sahaja berlaku pada model tertentu, sebaliknya ia berlaku pada hampir semua model telefon pintar Galaxy yang menggunakan skrin Super AMOLED.

Sebagai contoh, pengguna telefon pintar lipat Galaxy Z Flip 4 di India mendakwa telefon pintar mereka itu alami isu hanya selepas 5 bulan mereka membelinya.

Garisan hijau dilaporkan jelas kelihatan dibahagian kiri sebelah atas skrin peranti tersebut.

Memburukkan keadaan, pusat servis Samsung di sana dilaporkan menafikan perkhidmatan percuma pengguna untuk menggantikan skrin Galaxy Z Flip 4 yang terjejas. Apabila pengguna cuba menghubungi Samsung melalui Twitter, mereka tidak menerima sebarang jawapan daripada pasukan media sosial syarikat itu.

Nampaknya pihak Samsung perlu memberikan perhatian terhadap isu ini lebih serius dan respon segera agar penggunanya tidak ‘lari’ kepada jenama telefon pintar lain.

Berkaitan

  • CelcomDigi Kerjasama Dengan Huawei, ZTE Untuk Gabungkan Rangkaian
  • Xiaomi 14 Dilapor Tawar Sensor Kamera Lebih Besar
  • Samsung Lepaskan Kemas Kini Bulan Julai 2023

Sumber: Sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY