KKMM: Jawatankuasa Khas Ditubuh Untuk Kenal Pasti Kawasan Tiada Internet

Norma baharu masa kini adalah penggunaan internet untuk segala urusan seperti PdPR. Pun begitu, masih banyak lagi kawasan di Malaysia yang tiada capaian internet yang baik bagi tujuan tersebut.

Baru-baru ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan pihak Telekom Malaysia Bhd (TM). Ia berutujuan untuk mengenal pasti kawasan yang tiada liputan internet atau capaian internet yang lemah.

Bermula tahun lalu, kita sudah lihat yang mana ramai individu khususnya golongan pelajar mengalami kesusahan dalam menyertai sesi PdPR disebabkan internet.

Oleh itu, jawatankuasa ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah itu bukan sahaja mengenal pasti, tetapi juga memperbaiki dan menaik taraf.

Tambahan lagi, selain TM, pihak KKMM turut akan meminta syarikat telekomunikasi lain di Malaysia berganding bahu bagi memberikan capaian internet yang baik terutama penduduk di kawasan luar bandar.

Sumber: Bernama

Baca juga - Senarai 10 Peranti Bawah RM600 Yang Sesuai Untuk PdPR

Baca juga - SKMM Menziarahi Pelajar Yang Kemalangan Motorsikal Ketika Mendapatkan Capaian Internet

Baca juga - Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti