Setakat Jun 2021 ini, kita sedia melihat pelbagai telefon pintar andalan datang dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 888. Kali pertama diperkenalkan pada Disember 2020 yang lalu, sudah menjadi kelaziman bakal ada cip pengganti dikeluarkan nanti.
Menurut perkembangan terbaru, pengganti kepada Snapdragon 888 sudahpun berada dalam fasa percubaan. Disebut-sebut dengan nama “Waipio” dengan nombor kod SM8450, sampel cip ini dikatakan sudah dihantar kepada beberapa pengeluar dari China untuk tujuan ujian.
Baca juga – OnePlus Nord CE 5G Masuk Malaysia, OnePlus Yang Mampu Milik
Cip ini dikatakan dibangunkan melalui proses 4nm dan digambarkan sebagai naik taraf yang lebih ketara dan berbanding keluaran sebelumnya.
Antara spesifikasi yang mungkin hadir bersama penawaran cip ini adalah penggunaan seni bina baru ARMv9 bersama teras Kryo 780 dan Adreno 730. Sudah pasti cip andalan baharu ini akan menyokong sambungan WiFi 6 dan pelancarannya dijangkan berlaku sekitar separuh kedua tahun ini.
Bila mana menyebut tentang beberapa pengeluar dari China, kita mungkin sudah boleh mengagak-agak jenama mana yang bakal tampil awal dengan cip 4nm ini.