Telefon Baru realme Bawah RM900 Mula Dijual Esok

realme 9i telah mula mendarat di Malaysia 2 hari yang lepas iaitu 19 Januari 2022. Dan bermula esok (22 Januari 2022), realme 9i akan mula dijual di semua kedai rasmi realme.

realme 9i merupakan sebuah telefon kelas pertengah bawahan yang pertama dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 680 6nm.



Selain itu, ia juga mempunyai pengecasan pantas Dart Charge 33W dan kapasiti bateri sebesar 5000mAh, anda tidak perlu risau tentang bateri telefon ini.

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan realme 9i ini di kedai rasmi realme bermula 22 Januari 2022. Dengan varian 6GB + 128GB, telefon ini akan dijual pada tanda harga RM869.

Sumber: Siaran akhbar realme

Baca juga: