Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Ada Adik Baharu – realme 9i Dengan Snapdragon 680 Dan Kamera 50MP

realme Ada Adik Baharu – realme 9i Dengan Snapdragon 680 Dan Kamera 50MP

Diterbitkan Januari 11, 2022 oleh Meor Hasyim

Setiap tahun realme akan menyegar semula barisan telefon kelas pertengahan mereka.

Jika tahun 2021, realme memperkenalkan siri realme 8. Tahun 2022 ini pula siri realme 9 yang akan dilancarkan.

Memulakan barisan siri ini adalah realme 9i. Ia telah dilancarkan di Vietnam terlebih dahulu sebagai model bongsu dalam siri ini.

Diletakkan sebagai kelas pertengahan bawahan, realme 9i merupakan telefon dengan ciri utama seperti kamera 50MP, paparan 90Hz, cip Snapdragon 680, dan lain-lain.

Dari segi rekaan, realme 9i mengguna pakai bahasa rekaan realme GT Neo 2 yang mempunyai modul kamera petak besar.

realme Ada Adik Baharu – realme 9i Dengan Snapdragon 680 Dan Kamera 50MP

Paparan telefon berukuran 6.6 inci FullHD+ LCD dengan kadar segar semula 90Hz.

Ia dijana cip Snapdragon 680 dipadankan dengan RAM 6GB dan storan 128GB.

realme 9i mengikuti trend kebanyakan kelas pertengahan iaitu penggunaan sensor 50MP diiringi tambahan 2 lensa 2MP B/W dan 2MP makro.

Bahagian swafoto pula digalas oleh kamera 16MP.

Telefon ini disumbat bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Perisian pula Android 11 bersalutkan realme UI 2.0.

Kekurangan telefon ini boleh dilihat dari ketiadaan sokongan 5G kerana walaupun Snapdragon 680 boleh dikatakan cip baharu, ia lebih memfokuskan untuk telefon bajet 4G sahaja.

realme Ada Adik Baharu – realme 9i Dengan Snapdragon 680 Dan Kamera 50MP

Di Vietnam, realme 9i dipasarkan berharga VND 6,290,000 (RM1,161). Buat masa ini belum diketahui keberadaan telefon ini untuk pasaran Malaysia.

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY