Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telefon Bajet Terbaik Pertengahan 2022

Posted on Jun 13, 2022

Pejam celik, sudah sampai kita di Jun, pertengahan satu tahun yang masih baharu bagi sesetengah daripada kita.

Tibalah masa kita kesan dan dedahkan beberapa telefon yang berhak mendapat perhatian terutama bagi mereka yang sedang mencari peranti baharu.

Senarai ini khas untuk peranti bajet bawah atau bawah RM700, terbaik setakat Jun tahun 2022.

HONOR X7

HONOR X7

 

Model ini dilancarkan untuk pasaran tempatab pada Mac lalu bersama adik-beradiknya yang lain yang lebih mahal. Ia adalah peranti kelas paling murah dalam siri X baharu daripada HONOR.

  • Snapdragon 680
  • 4GB + 128GB
  • 6.74 inci, LCD, 90Hz, resolusi 1600×720
  • 5000mAh, 22.5W
  • 48MP utama, 5MP sudut lebar, makro dan depth
  • 8MP swafoto

Dengan harga RM699, ia boleh didapati dalam dua warna iaitu Titanium Silver dan Ocean Blue.

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada – https://invol.co/clb5v5r

Shopee – https://invle.co/clb5v4x

Redmi 10C

Telefon ini ditawarkan di Malaysia bermula Mac lalu dalam dua varian storan namun kekal dengan RAM 4GB. Ia antara peranti paling berbaloi dengan harga dan spesifikasi disediakan.

  • Snapdragon 680
  • 4GB + 64GB / 4GB + 128GB
  • 6.71 inci, IPS LCD
  • 6000mAh, 18W (10W dalam kotak)
  • 50MP utama, 2MP depth
  • 5MP swafoto

Dengan harga RM559 (4GB+64GB) dan RM629 (4GB+128GB), ia boleh didapati dalam 3 warna iaitu hitam, hijau dan biru.

Klik pautan di bawah untuk beli:Lazada : https://invol.co/claikaj

Shopee : https://invle.co/clb5vf4

ZTE Blade V40 Vita

Peranti daripada ZTE ini baru saja dirasmikan untuk Malaysia pada 31 Mei lalu. Agak jarang-jarang ZTE lancarkan telefon mereka di Malaysia namun kali ini turut mempertaruhkan telefon kelas bawahan.

Menariknya, ZTE menjamin ia akan menyokong Android 12 kelak.

  • Unisoc T606
  • 4GB + 128GB
  • 6.75 inci, IPS LCD, 90Hz
  • 6000mAh, 22.5W
  • 48MP utama, , 2MP makro, 2MP depth
  • 5MP swafoto

Dijual pada harga RM599, telefon ini dalam dua warna iaitu Zeus Black dan Pine Green.

Namun, ia tidak tersedia melalui Lazada.

Klik pada pautan di bawah untuk beli:

Shopee – https://invol.co/clazr7l

Ini sahaja tiga model terbaik bagi kami untuk kelas permulaan atau permulaan setakat Jun 2022.

Untuk kelas pertengahan, andalan dan lain-lain pastinya kami tidak lupakan juga. Teruskan bersama kami untuk senarai seterusnya bagi anda yang mempunyai duit yang lebih banyak.

Baca juga:

  • Laman Web Ini Didakwa Mampu Beri Data Terperinci Rakyat Malaysia
  • Menurut Pakar, Ini Punca Mengapa Trafik Semakin Teruk Di Seluruh Negara Ketika Ini
  • Tak Perlu ‘Print’, Ini Cara Untuk Tandatangan PDF Dan Gambar Di Telefon Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress