Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Laman Web Ini Didakwa Mampu Beri Data Terperinci Rakyat Malaysia

Posted on Jun 13, 2022

Seorang pengguna Twitter mendakwa terdapat sebuah laman web yang membenarkan sesiapa sahaja mendapat data peribadi orang lain hanya dengan sangat mudah.

Sumber: FMT

Laman web yang menggunakan nama “Caghi” tersebut hanya didapati melalui carian di Google sahaja tanpa perlu ke dark web atau proses yang rumit.

Menggunakan OSINT (open-source intelligence), bermakna ia mengumpul semua data daripada sumber terbuka dan percuma bagi memaparkan data yang dimahukan pengguna.

Yes, there is a site, accessible from a Google search, that will allow anyone to search a Malaysian by their name, IC number, and/or date of birth.

If you search a person by name, their anggota ID number will show up.

If you need the link I can send you via DMs

— Cyber Guardian (@Radz1112) June 12, 2022

Daripada percubaan mereka, hanya dengan memasukkan nama sahaja, pengguna boleh mendapat sebahagian daripada nombor kad pengenalan, kewujudan nombor anggota.

Saya dah senaraikan maklumat yang seseorang boleh dapat berdasarkan sumber.

Yang paling merisaukan adalah maklumat MySejahtera pun ada, tapi kena bayar. pic.twitter.com/bH2OwLbyfs

— Cyber Guardian (@Radz1112) June 12, 2022

 

Lebih parah lagi, pengguna boleh mendapat nombor IC penuh dan nama penuh anggota jika rela membayarnya.

Jika pengguna mempunyai nombor penuh IC dan masukkan dalam laman web tersebut, maka mereka akan mendapat nama penuh, maklumat mengundi, 4 nombor terakhir nombor telefon, alamat dan lain-lain.

Bahkan, alamat penuh rumah, laporan kredit dan data MySejahtera juga boleh diberikan tetapi dengan bayaran.

Jika pengguna mempunyai nombor pendaftaran kenderaan sahaja pun, mereka boleh tahu 4 angka terakhir dalam IC serta nama pemiliknya.

Laman web ini  dikesan sudah ‘diyahaktifkan’ pada 6:30 petang, 12 Jun.

All you need is someone’s name and maybe birth year, and you can verify that they’re working for the Malaysian police and/or military. This is such an operational security shit show. Our national defense just got fucked. pic.twitter.com/bwJMypNPE1

— Cyber Guardian (@Radz1112) June 11, 2022

Cadang @Radz1112, apa yang anda boleh lakukan ialah jangan letakkan nama sebenar di media sosial, tarikh lahir, gambar nombor pendaftaran kenderaan, dan negeri kelahiran anda.

Tidak lama sebelum ini, Hamzah Zainudin menafikan kebocoran data 22.5 juta rakyat Malaysia dan mengatakan data tersebut bukan milik JPN.

Menurut FMT, mereka telah menghubungi KDN untuk mendapatkan jawapan berkenaan dakwaan ini.

Sumber: FMT, Radz1112

Baca juga:

  • 8 Laman Sesawang Ini Dikesan Menipu Dan Mencuri Data Bank Pengguna Peranti Android Di Malaysia
  • Penggodam Mendakwa Menjual Data Peribadi 22.5 Juta Rakyat Malaysia
  • KDN Akan Siasat Individu Tular Isu Penjualan 22.5 juta Data Peribadi Rakyat Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress