Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

ZTE Blade V40 Vita Dilancarkan, Bateri 6,000mAh Hanya Untuk RM599

Posted on Mei 31, 2022Ogos 6, 2022

ZTE dalam acara pagi ini melancarkan ZTE Blade V40 Vita untuk pasaran Malaysia pada harga RM599.

Ia menampilkan skrin sebesar 6.75 inci dengan nisbah 20:9 bersama kadar segar 90Hz. Untuk storan, RAM padanya ialah 4GB dengan ROM (UFS 2.2) setinggi 128GB.

ZTE Blade V40 Vita ini dijana cip Unisoc T606 bersama Android 11. RAM 4GB padanya boleh ditingkatkan ke 6GB dengan ciri Fusion RAM.

Tubuhnya boleh dimuatkan 2 kad sim dan 1 kad memori dengan adanya 3 slot keseluruhan.

Ia dikuasakan bateri 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Di belakang, tiga kamera disertakan ialah 48MP + 2MP + 2MP dengan satu lensa swafoto 8MP.

Fungsi VoLTE dan VoWiFi juga disokong peranti ini walaupun tidak menyokong 5G, sesuailah dengan harganya.

Menariknya, ZTE menjamin ia akan menyokong Android 12 kelak.

Anda boleh dapatkan telefon ini dalam dua warna iaitu Zeus Black dan Pine Green dengan harga RM599.

Namun, hanya terhad di Shopee bermula pertengahan Jun depan.

Baca juga:

  • Gambar ZTE Axon 40 Memperlihatkan Kamera Bawah Skrin Yang Lebih Baik
  • ZTE Perkenal Peranti Android Pertama Sokong Fungsi Seperti MagSafe
  • Amerika Syarikat Ketatkan Lagi Undang-Undang Keatas Huawei Dan ZTE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress