Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sign dokumen android

Tak Perlu ‘Print’, Ini Cara Untuk Tandatangan PDF Dan Gambar Di Telefon Android

Diterbitkan Jun 10, 2022 · Dikemas kini Jun 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Banyak dokumen sekarang dihantar secara digital, ditambah pula dengan kesan pandemik yang meminta semua bekerja dari rumah.

Namun, apabila melibatkan urusan yang memerlukan tandatangan, agak sukar kerana ia softcopy , bagaimana mahu turunkan tandatangan?

Banyak aplikasi tersedia sebenarnya yang menawarkan perkhidmatan ini sama ada percuma atau berbayar.

Antara salah satu aplikasi yang anda boleh gunakan untuk menandatangani dokumen PDF ialah Adobe Fill & Sign. Saya dapati ia agak mudah digunakan dan percuma.

Pertama sekali, muat turun aplikasi Adobe Fill & Sign: Easy PDF Form Filler daripada Play Store atau AppGallery.

adobe fill & sign

Buka Adobe Fill & Sign.

Tekan ‘Select a form to fill out‘

sign android guna adobe fill n easy (5)

Pilih sama ada fail PDF, daripada pustaka, ambil gambar.

Tekan ikon pena.

sign android guna adobe fill n easy (1)

Tekan ‘Create Signature’.

sign android guna adobe fill n easy (2 (2)

Cipta tandatangan anda. Tekan ‘Done’ bila selesai. Ia akan disimpan untuk anda guna selepas ini.

turun sign android adobe

Tekan ikon pena sekali lagi.

Tekan pada tandatangan yang telah direkodkan tadi.

sign android guna adobe fill n easy (2)

Ubah posisi dan saiz tandatangan tersebut berdasarkan keperluan dokumen. Tandatangan anda dalam tulisan berwarna biru namun jangan risau ia akan hitam apabila anda selesai.

Tak Perlu ‘Print’, Ini Cara Untuk Tandatangan PDF Dan Gambar Di Telefon Android

Jika sudah letakkan pada posisi dan saiz yang diingini, tekan pada mana-mana bahagian luar petak biru tandatangan itu. Sekarang anda akan dapati ia sudah bertukar hitam.

Jika ingin mengubah lagi, tekan semula pada tandatangan tersebut.

Puas hati? Kini tiba masa untuk simpan dokumen PDF yang sudah bertandangan.

Tekan ikon kongsi yang berada di sebelah ikon pena.

sign android guna adobe fill n easy (4)

Tekan ‘Print‘ dengan ikon pencetak (printer).

save sign pdf android adobe (5)

Di bahagian kiri atas yang tertulis pencetak yang terhubung, ubahnya. Tekan pada nama pencetak dan pilih ‘Save as PDF‘. Ini kerana kita mahu menyimpan dokumen tadi sebagai PDF.

Namun, kalau anda memang mahu mencetaknya, pilih pencetak dimahukan.

save sign pdf android adobe (6)

Tekan pada ikon pencetak atau bertulis ‘PDF’ di sebelah kanan dalam bulatan.

save sign pdf android adobe (1)

Anda boleh ubah nama dokumen jika mahu dan ubah lokasi dalam storan.

Kemudian tekan ‘Save‘.

save sign pdf android adobe (2)

Selesai.

Kini, anda boleh akses dan hantar dokumen bertandatangan ini.

Baca juga:

  • Saintis Temui Dunia Tersembunyi Di Bawah Ais Antartika
  • Belum Cukup 6 Bulan Dilancar Ke Angkasa, Teleskop Terbesar Dunia Dilanggar Meteoroid
  • Apa Terjadi Pada ‘Vine’, Aplikasi ‘OG’ Sebelum TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY