Telefon Awam Terakhir Di New York 'Dibuang', Muzium Jadi Rumah Baharu

Mereka yang pernah menggunakan 'public phone' pastinya ada memori sendiri dengan kemudahan awam tersebut.

Sama ada 'bergayut' dengan pasangan mahupun berhubung dengan orang tua di kampung, nostalgia sebegini sememangnya tidak dialami anak muda sekarang.

Di Malaysia sendiri, saya rasa hampir kesemua telefon awam dengan warna merah dan nama 'Helo' sudah tidak beroperasi. Yang tinggal mungkin telefon atau hanya pondoknya semata-mata.

Semalam, pondok telefon awam terakhir di 745 7th Avenue, Manhattan, New York akhirnya dicabut kren dan akan diletakkan di Muzium New York.

The last public payphone in NYC, located at 7th Ave. and 50th St., was set to be taken down on Monday, May 23, 2022. (FOX 5 NY) Kapsyen: Sumber: Fox 5


Bukan hanya berfungsi sebagai alat perhubungan tetapi ia dianggap ikonik kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada landskap bandar New York selama berpuluh tahun, ucap Matthew Fraser sebagai anak jati dan pegawai Suruhanjaya Inovasi dan Teknologi New York.

Usaha menggantikan 8,000 pondok telefon awam di bandar besar itu bermula sejak 2014 lagi.

Workers in New York City remove the city's last public payphone near Seventh Avenue and 50th Street in Midtown Manhattan on May 23, 2022. Kapsyen: Sumber: USAToday


Pondok-pondok ini digantikan dengan LinkNYC di mana ia menawarkan Wi-Fi berkelajuan tinggi, panggilan dan stesen pengecas. Semua perkhidmatan ini diberikan percuma untuk orang awam.

Kapsyen: Sumber: WSJ


Terdapat sekitar 2,000 kiosk LinkNYC sehingga hari ini dan ia akan menyediakan perkhidmatan 5G pula selepas ini.

Sumber: USAToday

Baca juga