Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei EU

Telco Portugal Bersatu Untuk Tidak Gunakan Peralatan 5G Huawei

Diterbitkan September 25, 2023 oleh ariff bukhari

Badan pemerhati telekomunikasi Portugal memaklumkan mereka kini bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk melaksanakan secara berkesan menghalang peralatan Huawei Technologies daripada rangkaian mudah alih 5G negara itu, walaupun terdapat bantahan undang-undang daripada syarikat China tersebut.

Bantahan tersebut telah dibuat Huawei yang memfailkan tuntutan mahkamah di mahkamah Lisbon terhadap resolusi itu pada akhir Ogos lepas yang memohon “perlindungan kepentingan dan hak undang-undangnya di bawah undang-undang sah”.

Pengendali utama Portugal iaitu Altice, NOS dan Vodafone telah pun menyatakan bahawa mereka tidak akan menggunakan peralatan Huawei dalam rangkaian teras 5G, di tengah-tengah kebimbangan Eropah dan AS yang melihat penglibatan China dalam infrastruktur kritikal itu boleh menjejaskan keselamatan walaupun disangkal Huawei dan China.

Presiden ANACOM, Joao Cadete de Matos berkata, badan pemerhati telekomunikasi yang bertanggungjawab melaksanakan resolusi itu, “akan melaksanakan semua keputusan yang diambil mengenai keselamatan, bukan sahaja dalam negara tetapi juga rangka kerja Eropah”.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023
  • Telefon ‘Struggle’ Nak Ambil Gambar Malam? Ini Solusinya
  • Hati-Hati, 3 Pakej Aplikasi YouTube Palsu Ini Aktif Intip Pengguna Android

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY