Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android malware

Hati-Hati, 3 Pakej Aplikasi YouTube Palsu Ini Aktif Intip Pengguna Android

Diterbitkan September 25, 2023 · Dikemas kini September 25, 2023 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Sentinel Labs melaporkan penemuan sebayak 3 aplikasi YouTube palsu yang bertindak mengintip pengguna telefon pintar Android.

3 Aplikasi itu didapati membawa trojan akses kawalan jauh (RAT) yang mempunyai kaitan dengan Transparent Tribe CapraRAT yang dibawa menerusi pakej fail Android (APK).

Aplikasi ini meniru rupa YouTube, walaupun ia kurang ditampilkan sepenuhnya daripada aplikasi YouTube Android asli yang sah.

Salah satu APK yang baru dikenal pasti menjangkau saluran YouTube adalah milik Piya Sharma, yang mempunyai beberapa klip pendek yang memaparkan seorang wanita di pelbagai tempat.

Hati-Hati, 3 Pakej Aplikasi YouTube Palsu Ini Aktif Intip Pengguna Android
Ikon aplikasi, termasuk aplikasi Piya Sharma.

APK ini juga meminjam nama dan rupa individu tersebut. Tema ini menunjukkan bahawa aktor itu terus menggunakan teknik kejuruteraan sosial berasaskan percintaan untuk meyakinkan sasaran untuk memasang aplikasi.

Seterusnya adalah pakej fail APK yt.apk dan YouTube_052647.apk.  2 APK  YouTube ini menyamar sebagai YouTube dengan meminjam ikon YouTube.

Hati-Hati, 3 Pakej Aplikasi YouTube Palsu Ini Aktif Intip Pengguna Android
Ikon aplikasi pada peranti Android, termasuk YouTube_052647.apk.
Hati-Hati, 3 Pakej Aplikasi YouTube Palsu Ini Aktif Intip Pengguna Android
YouTube_052647.apk memaparkan tapak web YouTube apabila dilancarkan.

Menerusi pakej APK tersebut, CapraRAT berupaya untuk menuai data atas akses permintaan dan mengeluarkannya. Ciri-ciri RAT ini yang ketara termasuklah:

  • Merakam dengan mikrofon, kamera depan & belakang
  • Mengumpul kandungan mesej SMS dan multimedia, log panggilan
  • Menghantar mesej SMS, menyekat SMS masuk
  • Memulakan panggilan telefon
  • Mengambil tangkap layar skrin
  • Mengatasi tetapan sistem seperti GPS & Rangkaian
  • Mengubah suai fail pada sistem fail telefon
Hati-Hati, 3 Pakej Aplikasi YouTube Palsu Ini Aktif Intip Pengguna Android
Hati-hati dengan  permintaan akses aplikasi ke atas peranti sebelum benarkannya dipasang ke dalam peranti.

Aktor di sebalik tabir kewujudan fail APK ini dikenali sebagai Transparent Tribe yang disyaki berasal dari Pakistan.

Ia menyasarkan kakitangan tentera dan diplomatik di India dan Pakistan, dengan pengembangan yang lebih baru kepada sektor Pendidikan India.

Sejak 2018, laporan telah memperincikan penggunaan kumpulan ini yang kini dipanggil sebagai CapraRAT yang turut menyembunyikan ciri RAT dalam aplikasi Android yang lain.

Set alat itu telah digunakan untuk pengawasan terhadap sasaran yang berkaitan dengan hal ehwal melibatkan pertikaian wilayah Kashmir serta aktivis hak asasi manusia yang bekerja dalam perkara yang berkaitan dengan Pakistan.

Sehubungan itu, pengguna Android dinasihatkan untuk tidak memuat turun aplikasi Android selain dari platform sah seperti Google Play Store dan tidak memasang versi aplikasi pihak ketiga dari aplikasi sedia ada dalam peranti anda.

Berkaitan

  • Beli Produk Kaspersky Serendah RM70 Dan Menangi iPhone 14, Galaxy S23
  • Marah Kos Baik Pulih Mahal, Artis China Ini Hempaskan iPhone Ke Lantai
  • Apple Beri Panduan Cara Betul Bersihkan iPhone 15 Pro Ekoran "Isu Warna Titanium Luntur"

Sumber: Sentinel One

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY