Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-22T154902.581

ROG Swift OLED PG32UCDP, Ada Ciri AI Khas Untuk Permainan FPS

Diterbitkan Julai 22, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, ROG (Republic of Gamers) Global telah melancarkan satu model monitor terbaru yang mungkin akan menjadi kegemaran kebanyakan pemain FPS di luar sana iaitu ROG Swift OLED PG32UCDP.

ROG Swift OLED PG32UCDP, Ada Ciri AI Khas Untuk Permainan FPS

Jenis skrin yang hadir untuk monitor ini adalah OLED dengan resolusi 3840 x 2160 pada saiz 31.5 inci serta mempunyai kadar tindak balas 0.03ms dan tahap kecerahan 1,300 cd/㎡.

Selain itu, monitor ini juga dilengkapi dengan ciri dwi-mod kualiti skrin yang boleh diubah hanya dengan menekan butang hotkey di bahagian belakang bawah panel.

ROG Swift OLED PG32UCDP, Ada Ciri AI Khas Untuk Permainan FPS

Dengan ini, pengguna boleh menukar kualti paparan secara bebas daripada 4K 240Hz untuk tontonan video kepada FHD 480Hz untuk keselesaan bermain.

Selain daripada penggunaan kuasa sebanyak 44W, monitor ini juga hadir dengan ciri AI yang disediakan khas untuk kegunaan para pemain di platform PC mahupun konsol.

Antaranya adalah AI Crosshair yang mampu mengubah warna titik penanda tembakan mengikut suasana dalam permainan, AI Shadow Boost untuk memperlihatkan lagi keadaan dalam permainan yang terlindung dengan warna bayang dan AI Sniper yang mampu zum secara automatik pada diameter yang ditetapkan mengelilingi titik crosshair.

Screenshot 2024-07-22 162433
AI Crosshair
Screenshot (83)
AI Shadow Boost
ROG Swift OLED PG32UCDP, Ada Ciri AI Khas Untuk Permainan FPS
AI Sniper
ROG Swift OLED PG32UCDP, Ada Ciri AI Khas Untuk Permainan FPS
AI Visual
ROG Swift OLED PG32UCDP, Ada Ciri AI Khas Untuk Permainan FPS
MOBA Map Helper

Tambahan lagi, monitor ini juga hadir dengan AI Visual yang berkebolehan mengubah kualiti paparan berdasarkan tetapan yang dilakukan serta MOBA Map Helper, notis pemberitahuan berbentuk segi empat seperti di peta permainan MOBA untuk pengetahuan pertarungan.

Walau bagaimanapun, ketersediaan ROG Swift OLED PG32UCDP di pasaran Malaysia masih belum diketahui.

{suggest}

Sumber: ROG Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY