Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Robot STAR Boleh Lakukan Pembedahan Tanpa Bantuan Manusia

Robot STAR Boleh Lakukan Pembedahan Tanpa Bantuan Manusia

Diterbitkan Januari 27, 2022 oleh Faiz Munir

Teknologi pembedahan robot kini tidak lagi asing dalam dunia perubatan dan pembedahan. Dengan penggunaan robot ini juga, ia amat membantu pakar bedah untuk melakukan pembedahan yang lebih rumit untuk dilakukan oleh manusia.

Disebabkan teknologi sudah semakin berkembang, manusia telah mencapai tahap dimana robot pembedahan automatik telah berjaya dicipta dimana robot ini boleh melakukan pembedahan tanpa bantuan manusia.

Sistem ini dinamakan sebagai Smart Tissue Autonomous Robit (STAR) yang dihasilkan oleh pengkaji daripada John Hopkins University.

Mereka telah membuat uji kaji dimana sebanyak 4 ekor babi yang mana kesemua babi ini menjalani pembedahan anastomosis usus kecil. Proses anastomosis ini adalah proses di mana penyambungan 2 usus kecil yang dilakukan disebabkan oleh tumor.

small intestine anastomosis
Prosese anastomosis usus kecil

Proses pembedahan ini sangat rumit kerana dengan sedikit kesilapan boleh menyebabkan kebocoran pada usus tersebut.

Namun sepanjang uji kaji STAR ini, dilihat keempat-empat pembedahan adalah berjaya dan kerja yang dilakukan adalah lebih kemas dan lebih konsisten daripada manusia.

Mungkin tidak lama lagi, kita dapat melihat sistem STAR ini dapat digunakan pada manusia pula.

Sumber: Gizmodo

Foto utama: Drbalauro

Baca juga:

  • Meta Bangunkan Superkomputer AI Terpantas Di Dunia, Siap Sepenuhnya Pertengahan Tahun Ini
  • Robot Pintar Mula Bertugas Agih Air Zamzam Kepada Jemaah Haji
  • YouTuber Russia Berjaya Menghasilkan Pedang Cahaya Boleh Retrak Pertama Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY