Robot pintar di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kini telah kembali beroperasi untuk mengagihkan botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung dua masjid suci berkenaan. Pada bulan Jun 2021, robot pintar ini sudah pernah diaktifkan dengan tujuan yang sama iaitu untuk pengagihan air zamzam.
Pengoperasian robot pintar tersebut dimulakan selepas timbalan ketua Jabatan Pengairan Zamzama, Badr Al-Luqmani mahu membuat langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan jemaah haji. Robot tersebut mampu mengedarkan botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tanpa melibatkan sentuhan.
Sebanyak 30 botol mampu diedarkan bagi setiap 10 minit dengan satu pusingan. Selain itu, ia hanya mengambil masa 20 saat sahaja untuk memuatkan botol air zamzam di atas dulangnya. Robot tersebut diharap dapat mengendalikan beg dan silinder mudah alih pada masa akan datang dengan usaha yang dijalankan oleh pihak Masjidil Haram.
Menurut Al-Luqmani, robot pintar tersebut dijamin tidak akan melanggar atau menghalang laluan sesiapa di sana. Ia juga telah menerima banyak sijil kelulusan termasuk CS dari Eropah.
Pihak Masjidil Haram juga turut bercadang untuk memasang sensor pada tangki marmar yang mengalirkan air zamzam di seluruh Masjidil Haram. Hal ini adalah untuk kepentingan bersama supaya jemaah dan pengunjung dapat terhindar dari wabak COVID-19.
Sumber : Arab News
Baca juga :