Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ameca – Robot Dengan Reaksi Wajah Seperti Manusia

Ameca – Robot Dengan Reaksi Wajah Seperti Manusia

Diterbitkan Januari 10, 2022 oleh Anis Maisarah

Sebuah robot manusia atau humanoid telah dipamerkan dalam Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2022, Las Vegas, Nevada dianggap sebagai platform masa depan dunia.

Humanoid yang diberi nama Ameca ini memukau setiap orang yang melihatnya kerana fizikal dan perisian teknologi yang hampir sama dengan manusia. Ameca merupakan salah satu ciptaan syarikat UK Engineered Arts selain Mesmur.

Ameca dihasilkan tanpa jantina dengan 17 motor individu dalam kepala untuk mengawal pergerakan dan ekspresi wajahnya. Keseluruhan badannya diperbuat daripada logam dan plastik serta ia mempunyai wajah yang berwarna kelabu.

Menurut syarikat Engineered Arts, mereka menghasilkan Ameca dengan meniru struktur tulang manusia dengan teliti. Oleh sebab itu, wujud ‘urat’ robot yang terserlah di celah-celah badannya. Ameca direka khusus untuk pembangunan teknologi robotik sebagai platform robot humanoid untuk interaksi manusia-robot. Sistem kecerdasan buatan (artifial intelligence) dan pembelajaran juga diletakkan dalam sistem Ameca menggunakan teknologi Mesmer dari syarikat Engineered Arts.

Ameca juga mampu untuk melakukan sesuatu dengan tindakan yang lebih selamat dan pantas. Sistem pintar Ameca menyebabkan ia mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran yang berbeza serta mampu berkomunikasi secara mesra dan selamat dengan manusia. Selain itu, syarikat Engineered Arts turut menyediakan servis pembelian atau penyewaan Ameca bagi sebarang majlis atau program. Walaupun anda pernah melihat robot manusia lain sebelum ini di kaca televisyen atau internet, tetapi humanoid Ameca adalah lebih baik dalam memberi reaksi muka yang hampir sama dengan manusia sebenar dan sesuai untuk berinteraksi dalam majlis dengan manusia.

Mereka turut menyatakan hasrat mereka bagi memastikan humanoid ciptaan mereka berfungsi sepenuhnya dengan sempurna sebelum berada dalam kalangan manusia sebenar. Misi tersebut akan dapat direalisasikan dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 10 tahun lagi sebelum dunia bersedia menerima kehadiran humanoid Ameca di seluruh dunia.

Sumber : Yahoo Malaysia , CNet, Engineered Arts

Baca juga :

  • Inilah Foto Pertama Yang Dimuat Naik Ke Dalam Instagram 11 Tahun Dahulu
  • 5 Telefon Edisi Khas Yang Pasti Buatkan Peminat Anime Terliur
  • Saintis Dalam Usaha Untuk Berkomunikasi Dengan Ikan Paus Menggunakan AI

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY