Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tecno lee chong wei

Tecno Spark 10 Dan Phantom V Fold Mungkin Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi

Diterbitkan Mac 24, 2023 · Dikemas kini Mac 24, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Melalui laman sosial TECNO Malaysia, syarikat dengan Lee Chong Wei sebagai duta itu mengesahkan siri Spark 10 akan tiba di Malaysia kelak.

Tecno Spark 10 Dan Phantom V Fold Mungkin Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi

Di India, Spark 10 Pro dirasmikan dengan cip Helio G88 dan menjalankan skrin HiOS 12.6 berasaskan Android 13. Ia hanya tersedia dalam satu variasi iaitu 8GB RAM, 128GB ROM.

Akan tetapi, masih menyokong kad memori sebagai storan tambahan sehingga 1TB.

Peranti kelas pertengahan rendah ini mempunyai skrin LCD 90Hz dengan dimensi 6.78″ dengan puncak kecerahan 580 nit.

Kamera swafotonya pula 32MP diletakkan di hadapan dengan rekaan punch hole di tengah atas skrin.

May be an image of text that says 'TECnO SPARK 10 Pro RAMADAN MUBARAK'

Bercakap tentang kamera, di belakangnya terletak 2 lensa iaitu 50MP dan satu lagi dipanggil AI Lens.

Spark 10 Pro di India dibekalkan dengan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Harga di India ialah INR12,499 bersamaan sekitar RM672.

May be an image of 1 person and text that says 'TECnO AND JUST LGGER JUSTGOT GOT BIGGER BEYOND THE EXTRAORDINARY PHANTOM V Fold 5G'

Sebelum ini, Tecno sudah merasmikan telefon lipat iaitu Phantom V Fold yang sokong 5G dengan MediaTek Dimensity 900+.

Untuk Spark 10 ini, sama-sama kita tunggu perasmiannya di Malaysia.

Sumber: Tecno Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tecno Phantom X Dilancar Untuk Pasaran Malaysia, Dwikamera Swafoto Untuk RM1,499
  • Berjaya Di Seluruh Dunia, Ini Latar Belakang Syarikat Tecno Mobile
  • Tecno Lancar Lensa 'Eagle Eye', Menjejak Objek Bergerak Secara Automatik

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY