Untuk pengetahuan anda, Tecno Mobile, Infinix dan itel sebenarnya dimiliki oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Transsion Holdings.
Namun, untuk jenama Tecno, sebelum ini telah banyak timbul persoalan tentang negara manakah yang memiliki jenama tersebut.
Oleh itu, artikel ini akan kongsikan sedikit sebanyak tentang latar belakang syarikat Tecno Mobile buat pengetahuan pembaca semua.
Latar belakang Tecno Mobile
Pada awalnya, Tecno Mobile dikenali sebagai Tecno Telecom Limited.
Ia diasaskan oleh Zhu Zhaojiang dan ditubuhkan pada tahun 2006.
Syarikat ini sebenarnya merupakan sebuah syarikat pengeluar mudah alih Cina yang bertapak di Shenzhen.
Tecno merupakan salah satu subsidiari di bawah syarikat pengeluar telefon, Transsion Holdings yang juga memiliki itel dan Infinix.
Asalnya, Tecno mensasarkan pasaran Afrika dan Asia Selatan. Namun, disebabkan pasaran Afrika lebih produktif untuk syarikat, pada tahun 2008, Tecno memutuskan untuk lebih memfokuskan pada pasaran Afrika berbanding Asia Selatan.
Setelah mereka berjaya meraih pasaran mudah alih Afrika, mereka mula memasuki pasaran timur tengah pada tahun 2016.
Tahun selepas itu pada tahun 2017, Tecno memperluaskan lagi usaha mereka di pasaran Asia Selatan.
Tecno Mobile
Jenama Tecno menjadi salah satu daripada tiga jenama telefon mudah alih terbaik di Afrika pada tahun 2010.
Telefon pertama yang dibuat di Ethiopia telah dilancarkan pada tahun 2012.
Kemudian pada tahun 2016, telefon pintar berkuasa android Marshmallow dengan kamera terbaik dilancarkan oleh Tecno.
Di Nigeria, telefon pintar dari Tecno adalah antara yang paling laris dijual disebabkan harganya yang rendah tetapi didatangkan dengan ciri yang berkualiti tinggi.
Pada tahun 2016 juga, Tecno Mobile India pula diperkenalkan.
Syarikat tersebut turut melancarkan peranti mereka di Bangladesh dan Pakistan pada tahun berikutnya.
Di Pakistan, Tecno pada awalnya mencuba untuk menjual telefon pintar secara dalam talian melalui pelbagai laman e-dagang, yang akhirnya mereka melancarkan laman sesawang sendiri.
Pada bulan Januari 2018, Tecno melancarkan telefon pintar dengan ratio 18:9 pertama mereka di Ghana, Nigeria, Uganda, Afrika Selatan, Kenya dan juga India.
Rumusan
Akhir kalam, syarikat Tecno Mobile membuktikan kejayaan mereka dalam menembusi pasaran telefon pintar di pelbagai pelusuk dunia.
Sumber: Phones Counter
Baca juga: