Tecno secara rasmi memperkenalkan telefon mereka Phantom X di pasaran Malaysia. Bersama pelancarannya, Datuk Seri Lee Chong Wei ditampilkan bersamas sebagai duta.
Menggunakan cip MediaTek Helio G95, RAM padanya sebesar 8GB, storan sehingga 256GB dan kapasiti bateri pula 4,700mAh.
Paparannya bersaiz 6.7 inci menggunakan skrin AMOLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar 90Hz.
Tiga kamera di belakang ialah 50MP dengan sensor 1/1.3, 13MP telefoto dengan lensa 50mm dan 8MP dengan 120°. Menurut Tecno, kamera ultramalam 50MP menampilkan sensor yang membolehkan ia menerima 33% lebih cahaya dari persekitaran berbanding kamera 108MP dengan sensor 1/1.5-inci.
Selain itu, kamera belakangnya juga hadir dengan kemampuran zum 30x.
Dua kamera swafotonya pula terdiri daripada 50MP dan 48MP (105°).
Dengan pengecasan pantas 33W, hanya 30 minit masa pengecasan boleh mengecas bateri ke 70%, manakala 60 minit pengecasan boleh memenuhkan kapasiti sehingga 100%.
Datang dengan warna iaitu Van Gogh’s Starry Night dan Monet’s Summer, Phantom X kini berharga RM1,499 dan tersedia untuk pasaran Malaysia di semua pusat TECNO dan pengedar sah.
Bagi meraikan pelancaran di Malaysia, pelanggan 2,000 unit pertama PHANTOM X layak menerima hadiah percuma fon TECNO buds selain waranti perlindungan setengah tahun tambahan.
Untuk membelinya melalui dalam talian, anda boleh klik pautan di bawah.
Shopee – https://invol.co/claq0zt
Sumber: Siaran Akhbar Tecno