Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tecno lens

Tecno Lancar Lensa ‘Eagle Eye’, Menjejak Objek Bergerak Secara Automatik

Diterbitkan November 25, 2022 · Dikemas kini November 25, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Setiap lensa kamera telephoto yang biasa mempunyai Optical Image Stabilization (OIS) kerana pembesaran optikal juga menggandakan handshake.

Ciri ini berkesan untuk objek statik namun pengguna masih perlu mengesannya secara manual dan itu akan menguatkan lagi handshake.

Tecno kini hadir dengan solusi baharu di mana sistem mereka bakal mengandungi dua prisma berbanding daripada satu sahaja.

Setiap prisma boleh dipusingkan mengikut paksi +/-8° dan +/-10°. Tecno menyatakan bahawa dengan adanya dua prisma ini digabungkan, objek akan dikesan secara automatik pada satu paksi iaitu +/-16° dan +/-20° untuk yang lain.

Tecno unveils Eagle Eye Lens - the first dual prism tele camera that automatically tracks objects

Ini merupakan video yang memaparkan cara sistem ini berfungsi:

https://fdn.gsmarena.com/imgroot/news/22/11/tecno-eagle-eye-camera/gsmarena_001.mp4

Syarikat ini menamakan produk tersebut sebagai Eagle Eye Lens. Sistem ini sudah tentu memiliki ciri OIS juga serta pergerakan diperbetulkan dalam julat +/-6°. Kedua-dua ciri ini akan dikesan secara automatik oleh AI.

Berkaitan

  • Cepat Sambar 22 Judul Permainan Popular Ini Sekaligus Dari Steam Hanya Pada Harga RM17.01 Sahaja
  • Ini 25 Negara Terbaik Untuk Anda Tinggal Di Dalamnya Selepas Pencen Nanti
  • Siri Samsung Galaxy S23 Mungkin Hadir Fungsi Komunikasi Melalui Satelit
  • AirAsia Sahkan Insiden Serangan Siber Terhadap Sistem Mereka

Sistem ini berfungsi untuk gambar dan video. Hasil yang diberikan juga akan memberikan kualiti yang bagus pada imej.

Gambar yang sesuai untuk lensa ini adalah seperti pelumba kereta di mana gambar masih lagi dalam kualiti yang bagus walaupun kereta lumba sedang melepasi dengan laju.

Tecno sedang dalam usaha untuk menghasilkan telefon pintar premium dengan teknologi Eagle Eye dan dijangka akan lancar pada tahun hadapan.

Sumber: GSMArena

Gambar Utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY