TCL Lancar Barisan TV Pintar Baharu, Harga Dari RM3,299 Hingga RM29,999

Jenama televisyen ke-2 paling popular di dunia dan yang teratas bagi kategori TV bersaiz 98 inci, TCL memperkenalkan barisan TV Pintar terbaharunya, termasuklah TV LED Mini TCL C845 dan TV QLED 4K TCL C645.

TV LED Mini TCL C845 mempamerkan gabungan teknologi lampu latar LED Mini, teknologi warna QLED dan algoritma kualiti gambar termaju AiPQ Processor 3.0.

Dengan LED Mini yang menampilkan sudut bercahaya yang luas, C845 mencapai kecerahan puncak HDR 2000 nits, memastikan paparan sejernih kristal dengan kontras unggul dan kesan pencahayaan yang nyata.

TV TCL C845 boleh didapati di Malaysia dalam pelbagai saiz, termasuk 65” dan 75”.

Kapsyen: TCL C845 menawarkan kadar penyegaran tinggi, 144Hz VRR.


TCL juga memperkenalkan TV QLED 4K TCL C645, sesuai untuk filem HDR, sukan dan permainan. C645 boleh didapati di Malaysia dalam pelbagai saiz, termasuklah 50”, 55”, 65”, 75”, dan 85”.

C645 menampilkan HDR10+ untuk pengalaman Julat Dinamik Tinggi (HDR) yang unggul, memberikan kontras yang sangat baik, warna yang tepat dan butiran terperinci.

Model TV ini TV menyokong pelbagai format HDR, termasuklah HDR10, HDR HLG, HDR10+ dan HDR Dolby Vision, memastikan kualiti gambar HDR 4K terbaik untuk sebarang kandungan.

Kapsyen: TCL C645 dilengkapi dengan Google TV, ciri kawalan suara Bebas Tangan Bersepadu, digabungkan dengan Google Assistant, menjadikan ia lebih pintar dan lebih mudah.


Selain 2 model TV ini, TCL turut memperkenalkan rangkaian TV LED QD-Mini peringkat permulaannya dengan memperkenalkan Siri C755 yang bernilai dengan kecerahan puncak 1300 nits dan VRR 144Hz.

Siri TCL C755 tersedia dalam pelbagai saiz: 55", 65", 75", 85", dan 98" yang memberikan pengalaman seperti menonton di pawagam.



Harga jualan bagi TV LED Mini TCL Siri C845 adalah bermula dari RM9,999. Harga bagi TV QLED 4K TCL Siri C645 pula adalah bermula dari RM3,299.

Manakala harga jualan bagi Siri TCL C755 dan 745 pula masing-masing bermula dari RM7,999 dan RM8,999.

Kesemua model terbaru TV TCL ini boleh didapati di stor rasmi TCL di Shopee dan Lazada.

{suggest}

Sumber: Siaran media TCL

Berkaitan