Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV – TCL 50 PRO NXTPAPER 5G (1)

TCL 50 Pro NXTPAPER 5G Rasmi, Harga RM1,199

Diterbitkan Oktober 30, 2024 oleh Rushsyafizal

TCL hari ini mengumumkan dua telefon pintar AI-enhanced terbaru, iaitu TCL 50 PRO NXTPAPER 5G dan TCL 50 NXTPAPER 5G, di mana ciri-ciri skrin anti-silau dan teknologi NXTPAPER kini hadir pada harga berpatutan. Dengan teknologi pintar AI dan NXTPAPER Key, telefon ini direka untuk memastikan keselesaan mata sepanjang masa, sesuai bagi mereka yang aktif membaca dan menonton kandungan digital.

Teknologi NXTPAPER 3.0 memberikan paparan mesra mata, mengurangkan cahaya biru dan mengadaptasi warna berdasarkan waktu. Disahkan oleh TÜV, SGS dan Eyesafe, serta dilengkapi Eye Care Assistant, ia melindungi kesihatan mata pengguna dalam pelbagai keadaan cahaya. Dengan kecerahan hingga 650 nits, pengalaman tontonan kekal jelas di bawah cahaya terik atau ketika gelap melalui mod Night Light.

NXTPAPER Key membolehkan pengguna beralih ke Max Ink Mode, di mana paparan e-ink ini sesuai untuk sesi membaca panjang. Dengan bateri tahan hingga 7 hari dalam mod membaca, ia memberi pengalaman seperti kertas sebenar sangat sesuai untuk pembaca tegar.

Telefon ini turut hadir dengan ciri AI yang membantu produktiviti, termasuk Text Assistant dan Voice Memo untuk rakaman dan transkripsi, memudahkan pengurusan mesyuarat dan aktiviti membaca buku.

Dengan kamera utama 108MP dan kamera swafoto 32MP, serta penyimpanan dalaman sehingga 512GB, TCL 50 PRO NXTPAPER 5G turut menampilkan reka bentuk mesra alam dengan pembungkusan bebas plastik dan skor eco-rating tinggi.

TCL 50 PRO NXTPAPER 5G Price

TCL 50 PRO NXTPAPER 5G tersedia dalam warna Moon Gray dan Alps White dengan Flipcase dan T-Pen pada harga RM1,199. Ia akan mula dijual 12 Disember 2024.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clluukw

Lazada – https://invol.co/clluukx

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Xiaomi SU7 Ultra Dilancar, 0-100 km/j Dalam Masa 1.98 saat
  • BlackBerry Jalin Kerjasama ISC2 Perkukuh Keselamatan Siber ASEAN Di Cyberjaya
  • Siri Xiaomi Pad 7 Rasmi, Skrin 3.2k 144Hz, Cip Snapdragon 8s Gen 3
  • Coda Lancar Kedai Web FC Mobile Bersama EA SPORTS FC

Sumber: Siaran media TCL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY