Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tasik Rusanda

Tasik Soda Beralkali Terbesar Di Serbia Kering-Kontang, Penduduk Sekitar Ketakutan

Diterbitkan Julai 29, 2024 ยท Dikemas kini Julai 29, 2024 oleh ariff bukhari

Penduduk di Melenci, yang terletak dalam wilayah utara Vojvodina di Serbia ketakutan apabila melihat fenomena yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Ia ekoran Tasik Rusanda yang mempunyai kepanjangan lebih daripada 3.5 km kini kering-kontang.

Tasik Rusanda adalah salah satu tasik soda terakhir yang tinggal di Serbia.

Malah, tasik itu mempunyai kemasinan terukur tertinggi bagi semua tasik masin di Lembangan Carpathian.

Tasik tersebut sememangnya terkenal kepada pelancong kerana air masin dan lumpurnya bersifat penyembuhan.

Di pantainya terdapat pusat peranginan spa, restoran dan penginapan yang menarik ribuan pelancong setiap tahun.

Tasik Rusanda
Kredit: X CGTN America.

Walau bagaimanapun, kesan daripada gelombang haba berpanjangan dengan suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Balkan dan sebahagian besar Eropah tengah dan selatan, tasik tersebut kini kering-kontang.

Menyebabkan penduduk sekitar kawasan itu ketakutan kerana tidak pernah melihat fenomena tersebut terjadi sebelum ini.

Serbia telah mengeluarkan beberapa amaran merah mengenai risiko kesihatan dan potensi bahaya keadaan cuaca buruk di sebahagian besar negara tersebut.

Berkaitan

  • Google Dan Microsoft Guna Lebih Banyak Elektrik Berbanding 100 Negara Lain
  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah

Sumber: Reuters, WODNESPRAWY.PL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY