Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Renewable Energy

Google Dan Microsoft Guna Lebih Banyak Elektrik Berbanding 100 Negara Lain

Diterbitkan Julai 28, 2024 oleh ariff bukhari

Pada 2023, Google dan Microsoft masing-masing didapati menggunakan lebih elektrik berbanding 100 negara lain termasuk lah negara seperti Iceland, Ghana dan Tunisia.

Ia berdasarkan analisis oleh Michael Thomas dari data Pentadbiran Maklumat Tenaga A.S (EIA).

tenaga Google microsoft

Analisis terperinci mendedahkan bahawa penggunaan elektrik Google dan Microsoft adalah sebanyak 24 Terawatt jam (TWj) pada 2023 — menyamai penggunaan kuasa di negara Azerbaijan yang mempunyai penduduk berjumlah 10.14 juta dan lebih tinggi daripada beberapa negara lain.

Sebagai contoh, Iceland, Ghana, Republik Dominican dan Tunisia yang masing-masing menggunakan 19 TWj. Manakala Jordan pula menggunakan sebanyak 20 TWj.

Sudah tentu, sesetengah negara menggunakan lebih banyak kuasa daripada Google dan Microsoft. Sebagai contoh, Slovakia, negara dengan 5.4 juta penduduk menggunakan sebanyak 26 TWj.

Perbandingan ini sekaligus menyerlahkan keperluan tenaga besar kepada syarikat teknologi tinggi khususnya pusat data yang dikendalikan Google dan Microsoft.

Walaupun penggunaan tenaga secara besar-besaran bermakna akan memberi kesan kepada alam sekitar, tapi pada masa yang sama perlu diingat bahawa Google dan Microsoft serta syarikat gergasi yang lain turut memacu dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam industri.

Malah, Google telah lama menjadi perintis dalam menggunakan tenaga boleh diperbaharui dengan menyasarkan untuk beroperasi pada tenaga bebas karbon 24 jam 7 hari (24/7) di semua pusat datanya menjelang 2030.

Pada tahun 2023, Google telah mengumumkan pelaburan berterusannya dalam projek tenaga boleh diperbaharui, termasuklah angin, suria dan sumber tenaga boleh diperbaharui yang lain.

Microsoft juga telah komited untuk menjadi karbon-negatif menjelang 2030, yang juga menyasarkan pengeluaran sisa sifar dan penggunaan air yang positif menjelang tahun yang sama.

Berkaitan

  • Semua Pengeluaran Apple Bakal Menggunakan Tenaga Boleh Diperbaharui Menjelang 2030
  • Nak Kuasa Lebih, Microsoft Pilih Untuk Guna Tenaga Nuklear
  • CATL Bagi 'Hint', Bateri EV Mampu Bertahan Sehingga 16 Tahun Atau 2 Juta Km

Sumber: Michael Thomas, Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY