Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Ryzen 7 8700G

Tanpa Kad Grafik Pun, Cip Baharu AMD Mampu Capai 132fps Dalam Permainan

Diterbitkan Februari 1, 2024 · Dikemas kini Februari 1, 2024 oleh ariff bukhari

AMD baru sahaja mengeluarkan barisan APU baharu mereka, Ryzen 8000G iaitu CPU dengan GPU bersepadu yang lebih besar.

Penanda aras awal menunjukkan cip pemproses Ryzen 8700G menawarkan prestasi permainan yang menakjubkan tanpa memerlukan kad grafik berasingan.

Pemain boleh mencapai secara amnya antara 50-120fps (bingkai/saat) pada tetapan paparan 1080p dengan tetapan perincian visual sederhana dalam permainan.

Apabila AMD mengumumkan barisan cip 8000G, mereka mendakwa cip baharu mereka itu mampu mencapai lebih 60fps di permainan Cyberpunk 2077 dengan 8700G.

AMD Ryzen 8700G
Ryzen 7 8700G adalah model paling berkuasa dalam siri Ryzen 8000G baharu. Harga jualannya adalah USD329 (~RM1,500).

Berdasarkan kepada ujian yang dijalankan oleh Hardware Unboxed yang dapat menguji sendiri cip tersebut mendapati, prestasi Ryzen 8000G akan mencapai purata 49fps dan 38fps 1% terendah di Baldur’s Gate 3 (BG3) apabila dimainkan pada 1080p dengan tetapan rendah.

AMD Ryzen 7 8700G Baldur Gate 3

Dalam permainan yang kurang intensif grafik pula, seperti Counter-Strike 2 (CS2), APU ini akan mencapai purata 119fps dan 70fps 1% minimum pada 1080p dengan tetapan sederhana.

AMD Ryzen 7 8700G CS

Jadi, ia sudah cukup memadai untuk anda benar-benar dapat bersaing dalam permainan kasual dalam talian dengan APU ini.

Untuk permainan Fortnite pula, APU ini mampu mencecah 132fps yang menakjubkan dengan 114fps 1% rendah pada 1080p dengan tetapan grafik rendah.

AMD Ryzen 7 8700G Fortnite

Malah, penggunaan kuasa 8700G juga sangat mengagumkan dengan memakan hanya sekitar 150W sahaja di bawah beban kerja.

AMD Ryzen 7 8700G power consumtion

Jadi, ia memang sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah PC bersaiz kecil dan kompak.

Pemproses desktop AMD Ryzen 8000G Series dijangka tersedia untuk pelanggan DIY dan rakan kongsi SI bermula 31 Januari 2024. Untuk sistem OEM pula dijangka tiba pada suku ke-2 2024 nanti.

(APU adalah singkatan kepada Accelerated Processing Unit,  istilah yang dicipta oleh pembuat cip AMD. Ia merujuk kepada mikropemproses yang terbina dengan pemprosesan pusat 64-bit standard (CPU) dan unit pemprosesan grafik bersepadu (IGPU) ke dalam satu unit.)

Berkaitan

  • Malaysia Negara Ke-8 Paling Banyak Alami Kebocoran Data Setakat Suku Ke-3 2023
  • Harga DRAM Dan Storan SSD Dijangka Naik Mendadak Tahun Ini
  • PDRM Kesan Waran Tangkap Palsu Melalui Aplikasi WhatsApp, Telegram

Sumber: Hardware Unbox, AMD

Beli barisan produk AMD dari pelbagai vendor di:

Shopee – https://invl.io/clko19q

Lazada – https://invol.co/clko1a0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY