Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Telegram

PDRM Kesan Waran Tangkap Palsu Melalui Aplikasi WhatsApp, Telegram

Diterbitkan Februari 1, 2024 oleh Amalina Athman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan penipuan yang menggunakan modus operandi menghantar ‘arrest warrant’ atau waran tangkap palsu melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Berkaitan

  • Rugi Lebih RM2.5 Juta, PDRM Dedah Cara Mudah Scammer Tipu Mangsa Di WhatsApp, Telegram Dan Facebook
  • PDRM Pantau Kegiatan Jual Video Lucah "Made in Malaysia" Di Media Sosial
  • Polis Dijangka Guna Kamera Badan Mulai Oktober Ini

Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, waran tangkap itu didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya.

Kononnya, satu arahan telah dikeluarkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan segera bagi menahan pesalah serta kesalahan yang dinamakan dalam tempoh 24 jam.

Isi kandungan ‘arrest warrant’ berkenaan juga menyatakan Mahkamah Tinggi telah memberi kuasa kepada PDRM untuk melaksanakan arahan tersebut dan pesalah yang ditahan tidak dibenarkan diikat jamin oleh mana-mana pihak. 

Ia juga mendakwa aset yang didaftarkan atas nama pesalah akan dibekukan dan disita serta tidak boleh meninggalkan negara Malaysia.

Bagaimanapun, JSJK menegaskan waran tangkap berkenaan adalah palsu dan pihaknya tidak pernah menerima waran sedemikian.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna diingatkan untuk tidak menuruti sebarang arahan yang diterima melalui waran tangkap palsu tersebut, yang mana dipercayai salah satu elemen penipuan atau scam.

Sekiranya mempunyai pertanyaan atau pengesahan berkaitan kewujudan modus operandi baharu, pengguna boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID infoline melalui talian 013-2111222.

Sumber: JSJK

Gambar utama: AllAboutCookies.org

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY