Taman Tema Upin & Ipin Dijangka Buka Pada 2025

Cyberview Sdn. Bhd. dan Les' Copaque menandatangani perjanjian persafahaman (MoU) untuk meneroka potensi membangunkan sebuah taman tema Upin & Ipin di Cyberjaya.

Ia dijangka siap sekitar 2024-2025 dengan unjuran 2 juta kunjungan setahun daripada orang tempatan dan antarabangsa memandangan siri animasi ini mempunyai peminat yang besar di negara jiran.

"Dengan tumpuan kami terhadap kreativiti digital, taman tema ini seperti kepingan puzzle yang sempurna, secara langsung membawa nilai komersial sampingan kepada harta intelek (IP) tempatan sambil menggalakkan lagi penyertaan bakat tempatan dalam industri kandungan kreatif,” kata Mohd Najib pengarah urusan Cyberview.



Terletak di bahagian selatan Cyberjaya, bandar tersebut dipilih kerana lokasi strategik dan hubungannya dengan industri kreatif tempatan sejak sekian lama.

Selain animasi kembar itu, dua lagi animasi buatan Les' Copaque yang turut akan disertakan ialah Puteri dan Pada Zaman Dahulu.

Bukan itu sahaja, taman tema itu juga akan hadir dengan "Rumah Opah" sebagai studio interaktif, taman interaktif Upin & Ipin, Terowong Misttik, rumah hijau Pada Zaman Dahulu, taman di luar (outdoor), panggung interaktif dan medan selera bertemakan warung Muthu.

Sumber: Siaran media

Gambar utama: Cyberjaya Info

Baca juga: