Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple launching iphone

Kerajaan China Dilaporkan Larang Kakitangan Guna iPhone Di Tempat Kerja

Diterbitkan September 7, 2023 oleh ariff bukhari

Agensi kerajaan China dilaporkan telah menghalang kakitangan mereka daripada menggunakan iPhone dan peranti dari jenama asing yang lain di tempat kerja.

Menurut laporan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang memetik dari orang yang mengetahui perkara itu, kakitangan di “beberapa” pengawal selia kerajaan pusat telah menerima arahan melalui grup sembang dan dalam mesyuarat untuk berhenti membawa alat sedemikian ke pejabat.

Namun begitu tidak jelas sejauh mana arahan sedemikian dikeluarkan, tambah WSJ.

Ia merupakan tamparan hebat kepada Apple kerana China merupakan salah satu pasaran antarabangsa terbesar mereka.

Malah iPhone adalah antara yang paling laris di negara itu dan biasa digunakan dalam sektor kerajaan dan swasta.

China memang telah lama tidak menggalakkan peranti asing dalam agensi sensitif mereka, terutamanya ketika Beijing dalam beberapa tahun kebelakangan ini meningkatkan kempen untuk mengurangkan pergantungan kepada teknologi daripada AS.

Berkaitan

  • Gurman: Tiada iPhone 15 Pro Max Dan Ultra, Hanya Salah Satu
  • 4 Tawaran Menarik Untuk Pengguna CelcomDigi, Terhad Hingga 12 September
  • Kelajuan Muat Turun 5G Di Malaysia Meningkat Sebanyak 34.9Mbps

Sumber: The Star

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY