Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor 60 china rasmi

Tak Tunggu Lama, HONOR 60 Pula Dilancarkan Dengan Kamera 108MP

Diterbitkan Disember 3, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Terdahulu, kami telah kongsikan berkenaan ura-ura pelancaran HONOR 60 yang agak mengejutkan. Hal ini kerana siri HONOR 50 baru saja dilancarkan beberapa bulan lepas.

Beberapa hari lepas, HONOR secara rasmi telah memperkenalkan siri HONOR 60 mereka di China. Terdapat dua varian iaitu HONOR 60 dan HONOR 60 Pro.

HONOR 60 Pro dibawakan dengan kamera 108 MP, 50 MP untuk ultra lebar dan mikro, serta 2 MP sensor kedalaman. HONOR 60 juga datang bersama 3 kamera, 108 MP, 8MP dan 2MP.

Kedua-duanya dijana Snapdragon 778G+, mempunyai bateri sebesar 4,800 mAh, pengecasan sehingga 66W bersama skrin lengkung OLED 120Hz. HONOR 60 dengan saiz skrin 6.67 inci manakala HONOR 60 Pro bersaiz 6.78 inci.

Buat masa ini HONOR tidak memberikan sebarang maklumat berkenaan pelancaran siri ini untuk pasaran global. Harganya di China ialah ¥2,699 (~RM1790) bagi HONOR 60 manakala HONOR 60 Pro pula bermula pada ¥3,700 (~RM2450).

Baca juga:

  • Honor 50 Buat ‘Comeback’, Jangan Risau Ada GMS
  • Adakah HONOR 50 Lite Terlalu Mahal Untuk Spesifikasi Yang Diberikan?
  • Senarai Promosi Jualan Akhir Tahun HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY