Senarai Promosi Jualan Akhir Tahun HONOR

Setelah diperkenalkan minggu lepas, HONOR 50 Lite kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM999 yang mana pembeli juga boleh membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM350.

Selain daripada itu, HONOR turut mengadakan jualan festival akhir tahun bermula hari ini (25 November) hingga 30 November di IOI City Mall Putrajaya. Malah, terdapat hadiah sehingga RM300,000 untuk dimenangi.

Sekiranya anda berada di sekitar Putrajaya, bolehlah ke IOI untuk mendapatkan produk dengan harga diskaun seperti berikut:

  • HONOR 50 (6GB+128GB) - RM1699
  • HONOR 50 (8GB+256GB) - RM1999
  • HONOR 50 Lite - RM999
  • HONOR MagicBook X 15 (intel i3) - RM2299
  • HONOR MagicBook Pro - RM3299 RM3399
  • HONOR MagicBook 15 - RM3499 RM3699
  • HONOR MagicBook 14 AMD (8GB+256GB) - RM2699
  • HONOR MagicBook 14 AMD (8GB+512GB) - RM2999

Tambahan lagi, setiap pembelian produk tersebut, pembeli bakal menerima hadiah percuma seperti beg galas HONOR, fon telinga Bluetooth AM 61, HONOR Gift Box atau Microsoft 365 Personal.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Baca juga: