Tak Seperti realme 9i, Versi Pro Dan Pro+ Disahkan Mempunyai Sokongan 5G

Seperti yang dijanjikan oleh realme, mereka akan mengeluarkan 4 model siri realme 9 tahun ini. Untuk model realme 9i, ia telah dilancarkan di Malaysia pada 19 Januari lalu sebagai peranti permulaan untuk model tersebut.

Hari ini, ciapan Madhav Sheth, CEO realme India di laman Twitternya menyatakan bahawa siri realme 9 Pro dan Pro+ akan mempunyai sokongan 5G tidak seperti realme 9i yang tidak mempunyai fungsi tersebut.

https://twitter.com/MadhavSheth1/status/1485922944803307525?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1485922944803307525%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gizchina.com%2F2022%2F01%2F25%2Frealme-9-pro-realme-9-pro-officially-confirmed-to-support-5g-network%2F

Buat masa ini, masih tiada lagi tarikh rasmi pelancaran telefon ini. Namun ia dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan iaitu Februari 2022.

Spesifikasi yang digunakan untuk kedua-dua model ini juga agak berbeza. realme 9 pro akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 695 5G, 4GB/6GB/8GB RAM + 128GB storan, skrin AMOLED 6.59 inci dan 120Hz kadar segar semula.

Manakala realme 9 Pro+ pula akan menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 920 5G, storan yang sama seperti realme 9 Pro, tetapi skrin lebih kecil iaitu 6.43 inci AMOLED 90Hz. Agak pelik kerana model Pro+ mempunyai saiz skrin dan kadar segar semula yang lebih rendah daripada 9 Pro.

Bukan skrin sahaja, lensa kamera utama realme 9 Pro ini juga lebih besar daripada Pro+. realme 9 Pro menggunakan 64MP kamera utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Manakala Pro+ akan mengguanakan 50MP kamera utama, lensa ultra lebar dan makro masih sama iaitu 8MP dan 2MP.

Disebabkan saiz realme 9 Pro lebih besar, kapasiti bateri juga besar iaitu 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W. realme 9 Pro+ mempunyai saiz bateri lebih kecil iaitu 4500mAh tetapi mempunyai pengecasan yang lebih pantas iaitu 65W.

Kedua-dua model ini juga mungkin akan dihadirkan dengan realmeUI 3.0 berasaskan Android 12 tidak seperti realme 9i yang hadir dengan realme UI2.0 berasaskan Android 11.

Sumber: Gizchina

Baca juga: