Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung dimensity 9000

Tak Sangka, Samsung Juga Mungkin Akan Menggunakan Dimensity 9000

Diterbitkan Mac 21, 2022 oleh Faiz Munir

Redmi K50 Pro menjadi peranti pertama yang dijana dengan Dimensity 9000. OPPO juga akan mengikut langkah ini dengan memperkenalkan Find X5 Pro menggunakan cip yang sama tidak lama lagi. OPPO sebulan yang lalu juga telah mengeluarkan Find X5 Pro yang dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1.

Kini terdapat ura-ura bahawa antara syarikat pengeluar peranti terbesar, Samsung juga akan menghasilkan peranti yang dikuasakan dengan cip Dimensity 9000 ini. Perkara ini telah dilaporkan oleh @it’s fat di laman Weibo.

Menurutnya juga, Samsung mungkin akan menggunakan cip ini pada peranti yang berharga dari CNY3,500 (~RM2309) hingga CNY4,000 (~RM2639). Peranti tersebut juga akan dimuatkan dengan bateri sebesar 4,500mAh.

Screenshot 2022-03-21 100054

Beliau juga membuat andaian bahawa peranti tersebut mungkin Galaxy A53 Pro atau Galaxy S22 FE. Namun, Samsung tidak pernah memperkenalkan model “Pro” pada siri Galaxy A mereka. Berkemungkinan ia akan digunakan pada Galaxy A83 atau A93.

Hal ini kerana, untuk Samsung menggunakan Dimensity 9000 pada A53 sangatlah tidak munasabah kerana A52 sebelum ini hanya menggunakan Snapdragon 720 dan A32 pula menggunakan Dimensity 720.

Pada Galaxy S22 FE pula, Samsung mungkin juga akan memecahkan tradisi sebelum ini kerana setiap kali Samsung melancarkan model FE, mereka akan menggunakan cipset yang sama digunakan pada siri Galaxy S22 mereka, iaitu sama ada Snapdragon ataupun Exynos.

Apa-apa pun, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi berkenaan perkara ini. Kita nantikan dan lihat sahaja apa langkah yang akan diambil oleh Samsung nanti.

Sumber: Android Police

Baca juga:

  • Ciri Apple Watch Ini Sekali Lagi Dilaporkan Telah Selamatkan Nyawa Pengunanya
  • Selangor Bakal Membuka Sekolah Digital Pada Ogos Tahun Ini
  • Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY