Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Air selangor

Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor

Diterbitkan Mac 21, 2022 oleh Faiz Munir

Anda tinggal di Selangor? Anda tahu tak yang anda boleh semak dan bayar bil air lebih mudah dengan menggunakan aplikasi sahaja? Kami ingin berkongsi cara bagaimana anda boleh berbuat demikian. Jadi dalam artikel kali ini akan ada dua bahagian iaitu bahagian pertama, pendaftran dan bahagian kedua, pembayaran.

Untuk menggunakannya, anda perlu muat turun aplikasi Air Selangor terlebih dahulu dari Google Play Store, AppStore atau AppGallery.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.51.10 PM

Pendaftaran

Untuk memudahkan anda menyemak dan membayar bil, anda perlu mendaftar terlebih dahulu pada aplikasi ini. Ada beberapa langkah yang anda perlu lakukan. Mari kita lihat satu per satu.

1. Anda klik pada ‘Pendaftaran’. Kemudian anda perlu mengisi maklumat anda pada ruang yang disediakan.

Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor
Klik ‘Pendaftaran’
Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor
Isi maklumat anda

2. Setelah selesai, klik ‘Daftar’. Pada halaman seterusnya, klik ‘Saya Setuju‘.

Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor
Klik ‘Daftar’
Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor
Tandakan ‘Saya Setuju’

3. Anda akan dibawa ke halaman Daftar masuk. Isi e-mel dan kata laluan anda kemudian klik ‘Daftar masuk‘.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.24.33 PM

4. Pada halaman utama sekarang, anda akan dapati terdapat pilihan baru iaitu ‘Tambah akaun‘. Klik butang tersebut.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.36.21 PM

5. Anda perlu memilih sama ada anda adalah pemilik akaun air tersebut atau sebagai penghuni rumah. Setelah itu, anda akan dibawa ke halaman seterusnya, tekan ‘Saya Setuju‘.

Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor
Pilih pilihan ‘Pemilik’ atau ‘Penyewa’
Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor
Tekan ‘Saya Setuju’

6. Masukkan Nombor Akaun dan Nama Paparan Akaun. Untuk nombor akaun, anda boleh dapatkannya melalui bil air anda (boleh rujuk gambar di bawah).

Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor
Isi nombor akaun anda
Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor
Untuk tahu nombor akaun, boleh rujuk bil air anda

7. Anda akan diminta untuk mendaftar e-Bil. Tidak perlu risau, klik sahaja pada kotak ‘Saya setuju‘ dan klik ‘Teruskan untuk Pendaftaran‘.

Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor

8. Pilih sama ada anda mahukan bil dihantar ke WhatsApp atau e-mel. Isi ruang tersebut dan sahkan TAC.

Tinggal Di Selangor? Ini Cara Semak Dan Bayar Bil Guna Aplikasi Air Selangor

9. Klik ‘Selesai‘. Pada halaman utama kini anda dipaparkan dengan akaun yang telah didaftarkan. Jika anda hendak menambah akaun lain, Klik sahaja ‘Urus Akaun‘.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.36.21 PM (1)

 

Pembayaran

Selesai sudah dengan langkah pendaftaran yang agak banyak, mari kita berpindah pada pembayaran pula. Kali ini, langkahnya mudah sahaja. Jom.

1. Klik akaun anda. Kemudian anda akan dipaparkan dengan Jumlah Perlu Dibayar.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.36.21 PM (1)

2. Klik sahaja pada butang ‘Bayar Bil‘.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.36.20 PM (3)

3. Pada halaman ini, anda boleh sunting jumlah yang hendak dibayar. Setelah itu klik ‘Sahkan‘.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.36.20 PM (2)
Sunting jumlah dan sahkan

4. Pilih bank dan sahkan. Log masuk pada akaun bank anda dan teruskan langkah pembayaran.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.36.20 PM (1)
Pilih bank anda dan ‘Sahkan’

5. Setelah selesai membuat pembayaran, anda akan dipaparkan dengan notis pembayaran telah berjaya. Selesai.

WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.36.20 PM
Resit pembayaran
WhatsApp Image 2022-03-18 at 5.36.19 PM

Mudah bukan?

Jadi itulah dia cara anda untuk membuat pendaftaran, menyemak dan membayar bil air anda dengan menggunakan aplikasi Air Selangor. Mungkin langkah pendaftaran agak panjang, tetapi ia adalah untuk memudahkan anda pada masa-masa yang akan datang. Anda juga tidak perlu risau dan tercari-cari lagi bil air anda selepas ini.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.

Baca juga:

  • Peranti Mahal Tapi Skrin Kotor, Ini Cara Yang Betul Untuk Menjaga Skrin
  • Notifikasi Aplikasi Pada Android 13 Lepas Ini Hanyalah Pilihan, Macam iOS
  • Inilah Pencipta Logo Android, Wanita Dari Rusia Yang Tidak Dikenali Ramai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY