Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook tanpa skrin

Tak Sangka Ramai Mula Beli MacBook Pro Tanpa Skrin, Katanya Lebih ‘Versatile’

Diterbitkan Mac 8, 2022 oleh Amsyar Latif

Pernahkah anda terfikir menggunakan komputer riba tanpa ada skrin? Agak terkejut bukan? Tapi itulah yang berlaku dan menjadi trend di China yang mana mereka menggunakan MacBook Pro tanpa paparan.

Buat pengetahuan, produk-produk Apple sentiasa mempunyai harga yang tinggi meskipun ia hanyalah barang terpakai.

Kalau anda nak tahu, sebuah MacBook Pro tahun 2013 pun masih boleh dijual pada tanda harga sekitar RM1000. Nilainya semakin tinggi mengikut model dan spesifikasi.

Oleh itu, masyarakat di China kreatif dalam mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan MacBook Pro tanpa skrin.

Ia sememangnya kedengaran tidak masuk akal tetapi perkara itu ternyata berhasil. Jika mengikut logik akal, tidak mustahil pun.

Skrin komputer riba ini sama sahaja konsepnya seperti monitor. Sebab itu kadangkala ‘laptop’ hidup tapi skrin gelap.

Tak Sangka Ramai Mula Beli MacBook Pro Tanpa Skrin, Katanya Lebih ‘Versatile’

Salah satu faktor mengapa mereka menggunakan MacBook Pro tanpa skrin adalah disebabkan adanya papan kekunci, pembesar suara, touch bar yang sudah tiada, port dan pad sentuh. Semuanya dalam satu.

Sekiranya mahu membeli Mac mini, harganya jauh lebih tinggi. Malah, kebanyakan MacBook Pro tanpa skrin ini pun semuanya produk terpakai. Bukanlah produk baharu.

Tambahan lagi, dikatakan proses untuk mengubah suai agar MacBook Pro ini boleh digunakan tanpa skrin pun sedikit sukar. Bagaimanapun, ia ada terjual menerusi laman e-dagang popular China, iaitu Taobao.

pic.twitter.com/szINiYaWHC

— Sicmatr1x (@Sicmatr1x1) March 7, 2022

Melihat kepada salah satu perkongsian, MacBook sebegitu boleh dibeli pada harga serendah RM400 sahaja. Mudah kata, ia merupakan “life hacks”.

Sedikit maklumat tambahan, skrin MacBook jenis retina amatlah mahal jika mahu diganti. Pengalaman penulis, ia mencecah RM2000 untuk satu. Itu pun harga 8 tahun yang lalu.

Sumber: duanrui

Baca juga:

  • Android 12L – Sistem Operasi Khusus Untuk Peranti Boleh Lipat Dan Skrin Besar

  • Apple Antara 5 Jenama Paling Laris Di China, HUAWEI Hilang Dari Radar

  • Pengeluar Kereta Elektrik Dari China Tewaskan Tesla Dari Segi Jumlah Pengeluaran Kenderaan Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY