Menurut statistik daripada CINNO Research, pada bulan Januari sahaja jualan telefon pintar di pasaran China adalah sebanyak 30.87 juta unit. Nilai ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4% dari tahun-ke-tahun dan 38.6% dari bulan-ke-bulan.
Menurut CINNO juga, jualan Apple menurun sebanyak 1.8% daripada bulan sebelumnya, namun dibandingkan dengan tahun sebelumnya nilai meningkat sebanyak 11.4%. iPhone 13 menjadi peranti Apple terlaris untuk model yang dijual (2.3 juta unit) di pasaran China untuk 4 bulan berturut-turut.
OPPO dan vivo masing-masing memegang tangga pertama dan kedua menunjukkan peningkatan bulan-ke-bulan sebanyak 42.6% dan 55.8%. Tetapi nilai tahun-ke-tahun menurun sebanyak 21.2% dan 13.2%.
OPPO Reno7 dan OPPO A56 menjadi model jualan utama untuk OPPO manakala vivo S12 pula model julan utama bagi vivo.
Di tangga ke-3 adalah Honor, dengan menunjukkan peningkatan bagi kedua kategori tahun-ke-tahun dan bulan-ke-bulan dengan nilai 54.4% dan 242.9%. Ini menjadikan Honor mempunyai peningkatan yang paling ketara antara semua model yang berada dalam 5 tangga teratas ini.
Terdapat beberapa model jualan Honor ini termasuk Honor 60, Honor X30, Honor Play 30 Plus, dan Honor Play 20 dan kesemuanya adalah antara 10 model terlaris untuk bulan Januari.
Untuk tangga terakhir, kita ada Xiaomi dengan menunjukkan peningkatan sebanyak 54.7% untuk bulan-ke-bulan namun mencatat penurunan sebanyak 12.7% untuk tahun-ke-tahun. Malangnya, HUAWEI tidak tersenarai lagi dalam 5 jenama telefon pintar terlaris di pasaran China.
Berbalik semula kepada Apple, walaupun di China jenama ini menduduki tangga ke-4, statistik daripada Strategy Analytics menunjukkan bahawa Apple masih lagi memegang tangga teratas untuk pasaran global diikuti Samsung, Xiaomi, OPPO dan vivo.
Sumber: Fast Technology
Baca juga: