Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Paparan Harga Di Airbnb Akan Berubah Selepas Menerima Banyak Aduan Dari Pengguna

Paparan Harga Di Airbnb Akan Berubah Selepas Menerima Banyak Aduan Dari Pengguna

Diterbitkan November 8, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Airbnb merupakan sebuah aplikasi di mana pengguna boleh menempah tempat penginapan untuk percutian mereka. Namun, ramai pengguna memberi maklum balas yang negatif mengenai aplikasi ini.

Beberapa pengguna menyatakan bahawa harga yang dipaparkan pada mulanya tidak sama sewaktu checkout. Malah, ianya lebih meningkat oleh kerana caj tambahan serta cukai.

Bukan itu sahaja, ada juga pengguna yang menyatakan bahawa mereka perlu melakukan beberapa tugas semasa daftar keluar daripada tempat tersebut.

Semua maklum balas ini sudah didengari oleh CEO syarikat itu sendiri iaitu Brian Chesky. Oleh sebab itu, beberapa perubahan telah dilakukan pada aplikasi ini bermula bulan depan.

Antara perubahan yang dilakukan adalah harga tempat penginapan yang bakal dipaparkan akan dijumlahkan sekali dengan caj tambahan serta cukai.

Selain daripada itu, terdapat ciri penentuan harga dan diskaun akan dilancarkan untuk tuan rumah mempromosikan tempat mereka dengan lebih cekap.

Pengguna juga tidak perlu lagi melengkapkan tugas-tugas yang diberikan semasa daftar keluar seperti membuka cadar katil atau membasuh kain-kain yang telah digunakan.

Berkaitan

  • 8+1 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli iPad Gen-10
  • Microsoft Rugi Hampir RM1,000 Untuk Setiap Konsol Xbox
  • Mampu Pindah Data Selaju 12.4Gbps, Storan Generasi Ke-8 Samsung V-NAND Mula Dikilangkan Secara Besar-Besaran
  • Android 12 Lebih Banyak Isu Kecacatan Berbanding iOS 15 Selepas 10 Bulan Dilancarkan - Kajian
  • Pelanggan Apple Arcade Dapat Menikmati Football Manager 2023

Langkah ini perlu dilakukan oleh kerana syarikat ini sudah pun kehilangan 35% nilai kongsi sepanjang tahun ini.

Sumber: Reuters

Gambar: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY