Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Perlu Hafal Kord, Samsung Ada Gitar Pintar Dengan LED Yang Boleh Ajar

Tak Perlu Hafal Kord, Samsung Ada Gitar Pintar Dengan LED Yang Boleh Ajar

Diterbitkan Disember 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Jika anda seorang yang minat dengan gitar, pasti ada perasaan ingin belajar memainkannya bukan? Akan tetapi, bukan mudah untuk belajar. Bila belajar sendiri, memang terasa kepayahannya sebab nak hafal kord lagi sambil tengok internet.

Oleh itu, selepas ini tidak perlu lagi kerana Samsung menerusi C-Lab hadir dengan ZamStar. Apa itu ZamStar?

Ia merupakan gitar elektrik pintar yang digelar sebagai ZamString dimana pada papan fret gitar ini mempunyai lampu LED menyala bagi menunjukkan kedudukan kord gitar.

zamstar 3

Maknanya, anda tidak perlu susah-susah membuka ‘Ultimate Guitar’ untuk mengetahui kord-kord gitar. Bukan itu sahaja, ia turut memaparkan kord apa yang perlu dimainkan dalam sesebuah lagu.

Untuk membuatkan kord gitar itu mengikut lagu yang dimainkan, pengguna boleh memadankan gitar tersebut dengan aplikasinya.

zamtar 2

Malah, bagi pemain gitar profesional pula, mereka juga dapat ‘jamming’ dengan instrumen-instrumen lain.

Biarpun ZamString ini bukanlah konsep yang benar-benar baharu dalam arena teknologi tetapi ia masih menarik untuk dilihat. Jadi, bagi mengetahui perincian lanjut tentang produk ini, Samsung bakal memperlihatkannya semasa acara CES 2022 yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Sumber: engadget

Baca juga:

  • Cip Samsung Dengan Grafik AMD Akan Diperkenalkan Januari Ini

  • Beli Laptop Percuma Printer

  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY