Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI

Ciri ‘Live Translate’ Galaxy AI Akan Tersedia Untuk Aplikasi Lain

Diterbitkan Jun 7, 2024 · Dikemas kini Jun 7, 2024 oleh Amsyar Latif

Semasa Samsung melancarkan siri Galaxy S24, mereka benar-benar memfokuskan AI menerusi Galaxy AI. Antara tumpuan utamanya adalah Live Translate.

Bagi yang tidak tahu, ciri untuk dapat menterjemahkan bahasa dalam panggilan audio. Tidak kira yang membuat panggilan tersebut menggunakan peranti Android lain, iPhone mahupun ‘tiga tiga sekupang’.

Namun, syarat utamanya adalah panggilan audio tersebut mestilah melalui aplikasi pendail natif Samsung.

Walau bagaimanapun, Won-joon Choi, EVP & Head of Mobile R&D Office, Mobile eXperience Business Samsung Electronics mengesahkan bahawa ciri tersebut bakal tersedia untuk aplikasi pihak ketiga yang menyokong panggilan audio.

Jika dilihat senarai yang ada, kita boleh jangka yang aplikasi WhatsApp antara terawal yang menyokongnya.

Buat masa sekarang, belum diketahui lagi bilakah ciri tersebut akan ditawarkan kepada pengguna.

Dalam perkembangan lain, beliau juga mengesahkan yang peranti boleh lipat Samsung akan datang, Galaxy Flip6 dan Fold6 turut hadir dengan ciri Galaxy AI.

Beli peranti Samsung di:

Shopee: https://invl.io/cljqr6y

Lazada: https://invol.co/cljqr6h

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Carl Pei: Nothing Phone (3) Akan Hadir 2025 Dengan Ciri AI

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY