Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Octo Online

Cara Mudah Buka Akaun CIMB OctoSavers Secara ‘Online’

Diterbitkan Mei 15, 2023 · Dikemas kini Mei 15, 2023 oleh Amalina Athman

Mungkin ada di antara pengguna yang ingin membuka akaun bank CIMB, namun tidak mempunyai kesempatan untuk pergi ke kaunter atau mempunyai sebab-sebab tertentu.

Bagi yang belum tahu, CIMB menyediakan cara mudah untuk membuka akaun bank tanpa perlu ke kaunter menerusi akaun CIMB OctoSavers Saving Account-I. Menurut CIMB, tiada sebarang yuran tahunan yang dikenakan untuk CIMB Octo Debit Mastercard.

{suggest}

Berikut disediakan cara mudah untuk membuka akaun CIMB OctoSavers secara dalam talian, tanpa perlu ke kaunter.

Keperluan

Terlebih dahulu, perlu diketahui terdapat beberapa keperluan yang harus dipenuhi untuk membuka akaun CIMB OctoSavers. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Perlu berusia 18 tahun ke atas
  • Rakyat Malaysia dengan MyKad
  • Mempunyai nombor telefon dan alamat e-mel yang sah
  • Tidak mempunyai mana-mana akaun semasa/simpanan CIMB
  • Mempunyai akaun bank lain (selain CIMB) yang didaftarkan atas nama sendiri
  • Deposit RM20

Cara buka akaun CIMB OctoSavers

Ikut langkah di bawah untuk membuka akaun CIMB Octosavers secara dalam talian.

1. Muat turun aplikasi CIMB Apply melalui Google Play Store atau Apple App Store. Buka aplikasi dan klik pada “Open OctoSavers Account”. Kemudian tekan Apply Now > Begin Application.

CIMB Octo_1

2. Di bahagian “Contact Details”, isi nombor telefon dan alamat e-mel yang sah dan klik “Request SMS OTP Code”. Masukkan nombor OTP yang diterima.

CIMB Octo_2

3. Mulakan pengesahan identiti dengan imbas bahagian depan dan belakang MyKad, serta ambil gambar swafoto. Setelah selesai, sahkan maklumat yang diperolehi daripada MyKad dengan tekan pada “Confirm Details”.

CIMB Octo_3

4. Jawab beberapa soalan pengesahan dan klik “Submit”.

5. Masukkan maklumat permohonan, kemudian “Save and Continue” serta isi bahagian pekerjaan dan maklumat tambahan. Kemudian, tekan “Confirm Details”.

CIMB Octo_4

6. Semak maklumat permohonan dan klik “Submit and Apply”. Pindahkan deposit minimum RM20 daripada akaun bank lain yang didaftarkan atas nama sendiri. Masukkan amaun, pilih bank dan tekan “Proceed”. Perlu diketahui, permohonan akan ditolak jika memindahkan deposit dengan menggunakan akaun bukan milik pemohon.

CIMB Octo_5

7. Buat CIMB Clicks ID, yang mana termasuk User ID, kata laluan, SecureWord dan sebagainya.

Setelah selesai permohonan, kad CIMB Octo Debit akan dihantar ke alamat yang diisi dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.

Cara Mudah Buka Akaun CIMB OctoSavers Secara ‘Online’

Selepas menerima kad Octo Debit, aktifkannya melalui CIMB Clicks.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Tinggalkan komen di platform media sosial kami jika ada sebarang cadangan atau penambahbaikan.

Sumber: CIMB OctoSavers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY