Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Logo

Bos Google Beri Amaran Kepada Pengguna ChatGPT

Diterbitkan Februari 15, 2023 oleh ariff bukhari

Bos Google, Prabhakar Raghavan dilaporkan telah mengeluarkan amaran berkenaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan pada ChatGPT.

Beliau mendakwa, ChatGPT boleh membawa kepada situasi yang dikenali sebagai halusinasi.

Ketika bercakap kepada akhbar Jerman Welt Am Sonntag baru-baru ini beliau menyatakan “Jenis kecerdasan buatan yang sedang kita bicarakan ini kadang-kadang boleh membawa kepada sesuatu yang kita panggil sebagai halusinasi, ” jelas Raghavan. “Ini kemudiannya dinyatakan dalam cara yang mesin memberikan jawapan yang meyakinkan tetapi sebenar-benarnya hanyalah rekaan.”

Beliau menambah, “Sudah tentu kami rasa terdesak, tetapi kami juga merasakan tanggungjawab yang besar. Kami memegang standard yang sangat tinggi. Saya menyasarkan untuk menjadi pendahulu dalam chatbots berintegriti dalam maklumat tetapi juga bertanggungjawab.”

ChatGPT meningkat popular secara mendadak sejak kali pertama ia diperkenalkan oleh OpenAI pada lewat 2022 lalu. Populariti yang dicapai ChatGPT itu telah membuatkan banyak gergasi teknologi lain tidak senang dengan situasi itu.

Berkaitan

  • ChatGPT: 21 Pekerjaan Paling Berisiko Digantikan Dengan Kecerdasan Buatan (AI)
  • OnePlus 11 Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3299
  • Pengguna Telefon Pintar Galaxy Mula Terima Kemas Kini One UI 5.1

Sumber: Birmingham Mail 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY