Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Storage SSD HDD

Tak Lama, Jangka Hayat ‘Hard Disk’ Hanya Sekitar 3 Tahun Sahaja – Kajian

Diterbitkan Mei 10, 2023 oleh ariff bukhari

Mungkin era komputer moden sudah lama menggantikan hard disk drive (HDD) dengan solid state drive (SSD), walaubagaimanapun masih ada pengguna yang mengharapkan kepada HDD untuk perkakasan storan utama dalam komputer mereka dan turut jadikannya sebagai storan luar.

Tak Lama, Jangka Hayat ‘Hard Disk’ Hanya Sekitar 3 Tahun Sahaja – Kajian
6 Pengeluar utama perkakasan storan HDD komputer setakat ini.

Tetapi mungkin sudah tiba masanya untuk anda beralih kepada jenis storan SSD.

Ini kerana menurut kajian yang dijalankan oleh Secure Data Recovery, jangka hayat storan HDD hanya sekitar 3 tahun sahaja.

Hasil ujian intensif yang dijalankan ke atas 6 pengeluar HDD utama mendapati, purata hayat HDD adalah selama 25,233 jam sebelum ia gagal berfungsi.

Jumlah jam itu bersamaan dengan 1,051 hari atau dua tahun sepuluh bulan.

Tak Lama, Jangka Hayat ‘Hard Disk’ Hanya Sekitar 3 Tahun Sahaja – Kajian
Data yang diperoleh ini berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas 2007 HDD dari 6 pengeluar utama storan dari model storan berkapasiti antara 40GB hingga 10TB.

Sementara hayat bagi storan SSD pula menurut Secure Data Recovery, sesetengah pengguna boleh berdepan isu kegagalan SSD mereka dalam masa beberapa tahun dengan penggunaan intensif.

Manakala ada juga pengguna dapati SSD mereka boleh bertahan selama lebih daripada lima tahun.

Berkaitan

  • Ini Adalah 4 Storan SSD PCIe Gen4 Terbaik Di Pasaran
  • Mana Lebih Baik Antara SSD Dan HDD? Ini Perbandingan Ringkas Untuk Anda
  • ASUS ROG Phone 7 Rasmi Untuk RM3599 Di Malaysia, Phone 7 Ultimate Pula RM4999

Sumber: Secure Data Recovery

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY