Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Adalah 4 Storan SSD PCIe Gen4 Terbaik Di Pasaran

Posted on November 17, 2022Disember 1, 2022

Storan jenis SSD menawarkan prestasi pembacaan dan penulisan data yang jauh lebih pantas berbanding HDD. Walau bagaimanapun, tidak semua SSD mampu memberikan prestasi terunggul dek kerana terdapat 2 jenis storannya – SATA dan PCIe.

Secara amnya, SSD yang menggunakan teknologi PCIe Gen4 atau 4.0 adalah pilihan storan terbaik yang boleh pembaca dapatkan ketika ini.

Walaupun PCIe 5.0 sudah pun dilancarkan tetapi ia tidak menawarkan banyak pilihan di pasaran beserta harganya yang mahal.

Oleh itu, saya ingin kongsikan senarai storan SSD PCIe 4.0 terbaik yang boleh dibeli di pasaran:

{snap}

1. WD Black SN850X –  SSD PCIe Gen4 Terbaik

Western Digital announces WD Black SN850X NVMe SSD and more gamer-centric storage devices | GamesRadar+

WD Black SN850X adalah sebuah storan SSD PCIe Gen4 yang terbaik di pasaran ketika ini. Kalau diikutkan, kelajuan yang ditawarkan hampir sama dengan FireCuda 530.

Walau bagaimanapun, SSD SN850X ini menawarkan nisbah harga-ke-nilai yang lebih rendah untuk setiap ringgit yang anda belanjakan. Secara ringkas, storan ini mempunyai harga per GB yang lebih rendah dan berbaloi.

Beli di Lazada

{snap}

2. Seagate FireCuda 530 – Tempat Kedua Terbaik Dibelakang WD

Seagate Launches Its New FireCuda 530 Gaming SSDs

Seagate adalah sebuah jenama storan yang amat dikenali di pasaran. Kelajuan yang ditawarkan sangatlah pantas berbanding SSD yang lain hingga mampu menandingi storan WS Black SN850X.

Tambahan lagi, ia mempunyai penilaian TBW (terabytes written) yang tinggi di mana ia bermaksud storan ini mempunyai jangka hayat yang lebih tinggi.

Oleh itu, memang padanlah apabila Seagate memilih untuk menjual SSD nya ini pada harga yang terlampau tinggi.

Beli di Shopee

{snap}

3. Crucial P3 Plus – Storan SSD PCIe Gen4 Bajet Terbaik

Crucial P3 Plus 1TB Gen4 NVME – Jlite Customs Enterprise

Pada harga sekitar RM350 untuk 500GB, storan Crucial P3 Plus adalah pilihan SSD bajet terbaik yang boleh pembaca beli di pasaran. Walaupun tidak menawarkan kelajuan PCIe Gen4 yang terpantas, tetapi prestasi yang diberikan tetap baik.

Kelajuan pembacaannya agak perlahan berbanding storan-storan di atas tetapi tetap lebih pantas berbanding storan SSD SATA. Jika pembaca mencari kelajuan dalam harga mesra poket, ini adalah pilihan terbaik daripada saya untuk anda.

Beli di Shopee

{snap}

4. Samsung 980 Pro – SSD PCIe Gen4 Terbaik Untuk Kapasiti Bawah 1TB

SAMSUNG 980 PRO SSD 250GB 500GB 1TB PCIe 4.0 NVMe SSD M.2 NVMe up to 7000 MB/s for desktop computer | Shopee Malaysia

Kalau kita sebut pasal SSD, Samsung adalah jenama utama yang menawarkan kualiti dan prestasi dalam storan mereka. Samsung 980 Pro menawarkan waranti panjang hingga 5 tahun serta perisian storan SSD yang cukup cemerlang.

Jika pembaca inginkan prestasi berkualiti dalam saiz 256GB dan 500GB untuk bajet yang mesra poket, 980 Pro dari Samsung adalah yang terbaik untuk pembaca.

Beli di Shopee

Gambar utama: TechSpot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress