Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11 Lite

Tak Banyak Telefon Dengan Snapdragon 780G Di Pasaran, Ini Sebabnya

Diterbitkan Julai 15, 2021 · Dikemas kini Julai 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada Mac yang lalu, Qualcomm memperkenalkan cip Snapdragon 780G dan telefon Xiaomi Mi 11 Lite 5G adalah pertama menggunakannya. Namun, tahukah anda bahawa tidak banyak telefon pintar yang dikuasakan cip tersebut sehingga ke hari ini.

Menerusi blogger terkenal, DigitalChatStation, beliau menyatakan bahawa tiada telefon pintar dengan janaan cip tersebut akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Tak Banyak Telefon Dengan Snapdragon 780G Di Pasaran, Ini Sebabnya

Lanjutan daripada itu, pengarah produk Xiaomi membalas kenyataan tersebut dengan memberitahu dimana Qualcomm kini menghadapi kekurangan bekalan untuk pengeluarannya.

Buat pengetahuan, Snapdragon 780G adalah cip kelas pertengahan yang berkuasa dengan binaan 5nm. Disebabkan ini, Qualcomm terpaksa memfokuskan pegeluaran Snapdragon 888 kerana ia juga hadir dengan seni bina 5nm.

Tambahan lagi, Qualcomm juga telah memperkenalkan Snapdragon 778G yang mirip dengan Snapdragon 780G tetapi ia mempunyai seni bina cip 6nm. Selain itu, masalah kekurang bekalan cip ini dijangka akan berlarutan sehingga hujung tahun ini.

Sumber: gizmochina

Baca juga – Penyeludup Ini Ditahan Kerana Cuba Seludup Cip Intel Bernilai Lebih ~RM500 Ribu

Baca juga – Prestasi Snapdragon 895 Didakwa Masih Belum Kalahkan Apple A14 Bionic

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY