Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Google Play Akan Tingkatkan Prestasi Peranti Snapdragon

Prestasi Snapdragon 895 Didakwa Masih Belum Kalahkan Apple A14 Bionic

Diterbitkan Julai 8, 2021 · Dikemas kini Julai 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Spekulasi mengatakan Qualcomm bakal memperkenalkan cip pemproses andalan baharu yang mungkin dinamakan Snapdragon 895 yang dirujuk dengan nombor model SM8450 tidak lama lagi.

Laporan terbaru dari FrontTron melalui wccftech, prestasi cip baharu itu didakwa masih lagi perlahan berbanding cip Apple A14 Bionic.

Snapdragon 895 menerima skor 1250 untuk teras tunggal dan 4000 bagi multi-teras. Sebagai perbandingan, A14 Bionic masing-masing dengan skor 1596 dan 4027.

<First img>
SM8450 (successor of SD888)
Geekbench Single: 1250
Geekbench Multi: 4000
CPU Core: 1(Big)+3(Middle)+2(little)+2(little)

<Second img>
RDNA2 (next Exynos GPU) wins the Adreno730 (next Snapdragon GPU) in high-performance mode

Source: weibo pic.twitter.com/3uPBKbpMfk

— Tron ❂ (@FrontTron) July 7, 2021

Dari sudut Apple, mereka dijangka akan mengumumkan cip A15 Bionic pada barisan siri iPhone baharu tahun ini dan kebiasaannya prestasinya adalah jauh lebih baik.

Bagaimanapun, anda tidak perlu bergaduh kerana maklumat ini mungkin tidak berapa tepat dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Apa-apa pun kita perlu menunggu cip tersebut rasmi terlebih dahulu sebelum ujian prestasi dapat dilakukan semula kerana mungkin juga cip Snapdragon itu belum dioptimakan.

Sumber: wccftech

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD

Baca juga – Pengeluaran Cip A15 Untuk iPhone 13 Dilapor Akan Bermula Mei Ini

Baca juga – Snapdragon 888 Plus Kini Rasmi Diumumkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY