Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 778G

Snapdragon 778G Diumumkan, Cip Snapdragon 780G “Baharu”

Diterbitkan Mei 18, 2021 · Dikemas kini Mei 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Baru sahaja semalam kita bercerita tentang Snapdragon 775G, namun hari ini nama lain pula yang timbul diperkenalkan. Rupa-rupanya nama Snapdragon 778G digunakan oleh Qualcomm untuk cip 6nm terbaru mereka ini.

Baca juga – Ini Mungkin Telefon Pertama Guna Snapdragon 775G

Melihat kepada spesifikasi, ia boleh dianggap mirip seperti Snapdragon 780G yang sedia dikuasakan pada Mi 11 Lite 5G.

Cip ini lengkap dengan ciri yang sudah mampu memberi kepuasan kepada pengguna yang mahukan prestasi cemerlang tetapi pada harga mesra poket.

Di dalamnya terbina Cortex-A78 dari CPU Kryo 670 dengan kelajuan 2.4GHz. Grafik pula digandingkan Adreno 642L yang menyokong Vulkan 1.1, OpenGL 3S 3.1, OpenCL 2.0 FP, HDR10+ dan HDR10.

Telefon dengan janaan cip tersebut mampu menyokong kadar penyegaran 144Hz dengan resolusi FHD+. Turut menampilkan Snapdragon Elite Gaming bagi memberikan pengalaman gaming lebih baik.

Baca juga – Xiaomi Mi 11 Lite Diperkenalkan, Telefon Nipis Dengan Snapdragon 780G

Dari segi kamera, ia menawarkan resolusi sehingga 192MP untuk satu lensa, 36MP+22MP bagi tetapan dua lensa dan 22MP tetapan tiga lensa.

Antara lainnya adalah rangkaian 5G yang menggunakan modem Snapdragon X53, sokongan mmWave dan sub-6GHz, WiFi 6E, Bluetooth 5.2, USB 3.1, USB-C serta teknologi pengecasan pantas Quick Charge 5.

Menerusi pengumuman ini, dijangka telefon pertama yang bakal dikuasakan cip baharu ini adalah Honor 50.

Sumber: Gizmochina

Foto utama: latestnews

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY