Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Pad

Tablet Pertama OnePlus Dijangka Hadir Seawal Februari Depan

Diterbitkan Januari 26, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Sebuah acara pelancaran dijangka bakal diadakan oleh OnePlus pada 7 Februari ini secara global.

Acara ini sudah tentu akan memperkenalkan barisan telefon andalan OnePlus 11, OnePlus Buds Pro 2 dan berkemungkinan juga pengguna dapat melihat model OnePlus 11R.

Selain daripada siri telefon andalan (flagship) dan fon putik, terdapat peranti lain yang dijangka bakal dilancarkan bersama.

Namun apa yang menjadi tumpuan utama adalah kehadiran OnePlus Pad ke dalam acara tersebut.

OnePlus Pad Seperti yang kita tahu, OnePlus Pad telah menjadi salah satu pelan untuk syarikat dari China ini dan pernah menjadi bualan hangat satu ketika dahulu.

Terdapat beberapa cadangan yang menyatakan bahawa siri peranti yang baharu ini bakal hadir pada tahun 2023.

oneplus pad

Tiada sebarang spesifikasi yang dapat diketahui buat masa sekarang kerana terdapat banyak pelan dan fasa percubaan yang dikeluarkan oleh OnePlus.

Berkaitan

  • Disebut-Sebut Sebagai Pesaing iPad, Tablet Pertama OnePlus Bakal Rasmi Tahun Depan
  • OnePlus Mahu Melancarkan Papan Kekunci Mekanikal
  • OnePlus Buds Pro 2 Dilancar, Ditala Dynaudio Dan ANC Dipertingkat
  • Pelancaran Tablet Pertama OnePlus Dijangka Semakin Hampir
  • OnePlus 11 Didakwa Dalam Pengesahan SIRIM, Bakal Dilancarkan 7 Februari ini

Antara pelan dan fasa percubaan yang berkait rapat dengan siri tablet baharu ini adalah termasuk OnePlus Reeves dan Aries.

Namun, pengguna dapat menjangkakan spesifikasi yang bakal hadir bersama siri tablet ini mungkin mampu menyaingi model iPad.

Selain daripada ini, acara pelancaran OnePlus ini juga akan mengeluarkan produk yang lain seperti OnePlus Keyboard serta OnePlus TV yang berukuran 65 inci.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY