Oktober lepas, Nokia membuat kemunculan kembali dengan memperkenalkan tablet T20 bagi memberikan saingan dalam pasaran tablet Android.
Nampaknya, peminat tempatan bakal menerimanya tidak lama lagi kerana Nokia Malaysia mula mengacah kehadirannya melalui akaun rasminya di Instagram.
Gambar yang digunakan mereka juga sama seperti yang dikongsikan HMD Global sebelum pelancaran tablet tersebut.
View this post on Instagram
Mengimbas kembali Nokia T20, ia didatangkan dengan bateri 8200mAh, sokongan pengecas 15W, skrin 10.4 inci beresolusi 2K dengan nisbah 15:9 berpanelkan LCD.
Selain itu, tablet ini dijana cip Unisoc Tiger T610 bersama konfigurasi memori 3GB/4GB RAM, storan dalaman sehingga 64GB serta slot kad mikroSD.
Ketika dilancarkan tempoh hari, Nokia menjanjikan kemas kini Android selama 2 tahun dan juga 3 tahun bagi kemas kini keselamatan. Harganya tidak berapa nak T20 sangat di mana ia bermula €200 (~RM955).
Baca juga: