Ini Antara Telefon Yang Pernah Digunakan James Bond

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang sudah menonton filem terbaru James Bond No Time to Die di pawagam dan pasti ramai juga yang meminati filem ejen British ini.

Selain daripada gajet-gajet yang canggih atau kereta Aston Martin, tahukah anda apakah model telefon yang James Bond gunakan dalam filem tersebut?

Oleh itu, berikut adalah model-model telefon yang pernah dipakai James Bond.

{snap}

Sony Ericsson JB988 - Tomorrow Never Dies


Kapsyen: Kredit 007 Museum


Sekiranya ada yang tidak mengenali Sony Ericsson, mungkin anda generasi baharu. Dalam filem ini, Bond menggunakan peranti Sony Ericsson JB988.

Namun, telefon itu tidak pernah dikeluarkan untuk pasaran. Sebaliknya, ia dicipta khusus untuk filem Tomorrow Never Dies.

Antara "ciri" menarik telefon ini adalah seperti taser 20,000 voltan dan kawalan untuk kenderaannya BMW.

{snap}

Sony Ericsson T68i dan P800 - Die Another Day


Kapsyen: Kredit James Bond Wiki


Sekali lagi, model Sony Ericsson dipertontonkan dalam filem James Bond. Dalam filem ini, watak yang dimainkan Halle Berry memakai model T68i yang mana dijadikan sebagai bom.

Kapsyen: Kredit James Bond Wiki


Sementara model Sony Ericsson P800, ia dipakai watak Zao yang merupakan antagonis dalam filem ini. Ia turut memaparkan maklumat berkaitan Bond lakonan Pierce Brosnan pada permulaan cerita.

{snap}

Sony Ericsson K800i dan M600 - Casino Royale




Casino Royale merupakan filem pertama lakonan Daniel Craig. Melaluinya, dua model Sony Ericsson digunakan.

Pertama K800i yang dipakai Bond sendiri. Akan tetapi, ia tidak berapa digunakan sangat. Namun, Sony masih memasarkan bahawa telefon ini mempunyai kemampuan kamera yang sangat kompetitif pada masa itu atau boleh kita nyatakan "Cyber-shot".

Kapsyen: Kredit Product Placement Blog


Kedua, M600. Telefon ini digunakan watak Vesper Lynd. Selepas beliau dibunuh, Bond mengambil telefon itu dan membaca mesej yang diterima dalam mengenal pasti lokasi Mr White.

{snap}

Sony Ericsson C902 - Quantum of Solace


Kapsyen: Kredit James Bond Wiki


Dalam filem ini, Bond menggunakan C902 untuk mengambil gambar ahli organisasi Quantum di Bregenz opera. James Bond turut menerima mesej dalam telefon tersebut yang mana beliau dapat maklumat untuk mengetahui Dominic Greene.

C902 merupakan antara telefon "Cyber-shot" daripada Sony Ericsson. Ia menampilkan kamera 5MP apabila pelitup lensa terbuka.

Pada masa sama, Sony Ericsson juga ada mengumumkan edisi khas C902 bersempena pelancaran filem Quantum of Solace. Malah, ia turut hadir dengan kandungan interaktif 007 dan permainan 'spy'.

Kapsyen: Kredit Product Placement Blog


Selain itu, terdapat juga telefon Sony Ericsson W707 yang hadir dalam filem ini.

{snap}

Sony Xperia T - Skyfall




Filem moden, telefon pun pastilah mengikuti peredaran zaman juga. Dalam Skyfall, Bond memakai telefon pintar Sony Xperia T yang menjalankan sistem operasi Android.

Pun begitu, tidak ada gajet-gajet atau senjata yang keluar dari telefon ini. Sebaliknya, Bond hanya menerima mesej sahaja melalui Xperia T.

{snap}

Sony Xperia Z5 dan Samsung S5611 - Spectre


Kapsyen: Kredit James Bond Wiki


Ketika sedang memandu kereta Aston Martin DB10 di Rome, James Bond mengeluarkan Xperia Z5 untuk menghubungi Moneypenny. Selepas itu, tiada lagi kelihatan telefon tersebut dalam filem Spectre ini. Bermakna, terlalu sekejap Xperia Z5 muncul.



Sebuah lagi peranti pintar yang dipertontonkan dalam filem adalah Samsung S5611. Bond memberikan telefon ini kepada Moneypenny. Namun, logo Samsung tidak dipaparkan. Mungkin ia disebabkan Sony tidak mahu ada jenama pesaingnya.

{snap}

Nokia - No Time to Die




Setelah bertahun-tahun Bond menggunakan telefon Sony Ericsson, beliau akhirnya "bertukar selera" dengan memakai Nokia pula.

Dalam filem No Time to Die, James Bond menerima sebuah telefon daripada Nomi dan beliau juga memakainya untuk mengambil gambar untuk dihantarkan kepada Q serta menerima mesej lokasi yang dihantar oleh Moneypenny.

Namun begitu, belum diketahui model Nokia yang digunakan. Dikatakan ia hanyalah prototaip yang direka untuk filem tersebut yang mana imejnya dikongsikan perekanya di LinkedIN. Apa-apa pun, telefon itu mirip Nokia 8.2 atau Nokia 1.4.

Sumber: mobilephonemuseum, techradar, jamesbondlifestyle