Perkembangan terbaru mengenai platform pemesejan ini, dilaporkan sebuah syarikat sekuriti siber berpengkalan di Israel, NSO Group, telah memasang perisian pengintip 'Pegasus' pada WhatsApp.
Difahamkan, Pegasus dipasang dengan cara mengeksploitasi kelemahan pada WhatsApp iaitu membuat panggilan kepada mangsa yang disasarkan. Lebih mengejutkan, ia berupaya dipasang walaupun pengguna tidak menjawab langsung panggilan tersebut.
Setelah siap dipasang, Pegasus dikatakan mampu mengaktifkan kamera telefon pintar, mikrofon, mengimbas e-mel dan mesej serta mengutip data lokasi pengguna.
Ekoran dari penemuan ini, WhatsApp telah menggesa 1.5 bilion pengguna aktif aplikasi pemesejan ini supaya mengemaskini aplikasi mereka kepada versi yang terkini.
Kerentanan ini telah dikesan sejak awal Mei dan mangsa terbaru, seorang peguam hak asasi manusia di UK dikesan menghadapi serangan Pegasus. Serangan itu bagaimanapun telah berjaya dihentikan oleh WhatsApp, namun mereka masih belum dapat memastikan lagi jumlah telefon yang berjaya dieksploitasi Pegasus.
Sumber: Financial Times
Berkaitan
- WhatsApp Tambah Ciri Night Mode Pada Fungsi Kamera
- Sebelum Diambil Alih Oleh Facebook, Whatsapp Hampir Dibeli Syarikat Dari China
- WhatsApp Bakal Tampil Dengan Ciri Sticker
- WhatsApp Uji Ciri Lucutkan Peranan Pentadbir Lain Dalam Grup Perbualan
- Paten Dari OPPO Memperlihatkan Ruang Sekeliling Sensor Kamera Swafoto Diletakkan Ikon Aplikasi Kamera
- Whatsapp, Skype dan Facebook Messenger bakal hadapi undang-undang ketat di Eropah
- Redmi K30 Mungkin Dilengkapi Paparan 120Hz Dan Sensor Sony IMX 686
- Kini Anda Boleh Menghantar Pelbagai Jenis Fail Menerusi Whatsapp
- Sensor Cap Jari Galaxy S10 Didakwa Boleh Di Imbas Cap Jari Yang Tidak Didaftarkan
- Iklan Di WhatsApp Mungkin Muncul Pada iOS Terlebih Dahulu