Samsung Galaxy S10 kini kembali hangat menjadi bualan di internet selepas ia dilaporkan boleh dinyahkunci cap jari yang tidak didaftarkan pada peranti.
Isu ini mula timbul selepas seorang pengguna, Lisa Neilson menyatakan sesiapa sahaja boleh mengimbas cap jari pada peranti milik beliau dan seterusny nyahkunci skrin berjaya dilakukan. Perkara ini dibuktikan apabila suami beliau mencubanya dengan kedua-dua cap jari yang tidak didaftarkan.
Hal ini terjadi dikatakan adalah dari kesan penggunaan pelindung skrin paparan berasaskan gel keluaran pihak ketiga yang digunakan oleh pengguna peranti tersebut yang dibelinya daripada eBay.
Ekoran masalah ini juga, Kakao Bank, perbankan dalam talian di Korea Selatan turut meminta pelanggan mereka supaya mematikan fungsi imbasan cap jari tersebut.
Difahamkan, pihak Samsung sedang menyiasat perkara tersebut dan menyarankan pengguna supaya menggunakan pelindung skrin keluaran rasmi syarikat mereka. Dalam pada itu, Samsung juga dikatakan bakal mengeluarkan kemaskini baik pulih untuk mengatasi masalah sensor imbasan cap jari itu.
Sumber: The Sun